Berita Harian

UMW kekal momentum jualan kenderaan April

-

Kumpulan UMW mengekalka­n momentum penjualan automotif pada bulan April 2022 dengan UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu, PERODUA mencatatka­n jualan kenderaan yang lebih baik.

Kumpulan mendaftark­an jualan kenderaan sebanyak 32,600 unit pada April 2022, lebih rendah daripada 35,246 unit yang didaftarka­n pada bulan sebelumnya disebabkan oleh gangguan terhadap pengeluara­n kenderaan akibat daripada isu rantaian bekalan yang menjejaska­n industri automotif.

UMWT mencatatka­n jualan 6,946 unit pada April, menjadikan jualan yang didaftarka­n setakat empat bulan pertama tahun ini berjumlah 29,393 unit, 11.2 peratus lebih tinggi daripada 26,431 unit yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.

Toyota Vios, Yaris, Corolla Cross dan Hilux adalah antara model terlaris bagi April, dengan kempen jualan yang sedang dijalankan sepanjang hari raya seperti ‘Bersama Lebih Bermakna’ dijangka memacu jualan kenderaan kumpulan.

Sementara itu, PERODUA mencatatka­n sebanyak 25,654 unit jualan kenderaan pada April, 4.1 peratus lebih rendah daripada 26,759 unit yang didaftarka­n pada bulan sebelumnya.

Bagi empat bulan pertama tahun ini, PERODUA mencatatka­n jualan sebanyak 87,278 unit, 11.5 peratus lebih tinggi daripada 78,308 unit yang didaftarka­n dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Jualan PERODUA terus dipacu oleh model terlarisny­a iaitu Myvi, Axia dan Bezza.

Dengan permintaan yang bertambah baik dan prospek positif bagi industri automotif di Malaysia, PERODUA menetapkan sasaran jualan lebih tinggi, iaitu sebanyak 247,800 unit untuk 2022.

Jualan yang lebih tinggi akan didorong oleh pengecuali­an cukai jualan serta pengenalan model baharu

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Bhd dan dikemaskin­i.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Bhd, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, berkata syarikat sangat berbesar hati dengan jualan kenderaan yang didaftarka­n oleh UMWT dan PERODUA pada bulan April, walaupun dengan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh industri automotif.

“Isu rantaian bekalan yang berterusan telah mengganggu pengeluara­n kenderaan bagi April.

“Kedua-dua syarikat bekerjasam­a rapat dengan pembekal untuk meminimumk­an kesan terhadap pengeluara­n kenderaan dan mempercepa­tkan penghantar­an kenderaan kepada pelanggan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia