Berita Harian

Nahas pesawat China Eastern mungkin disengaja

-

Tiada bukti berlaku kerosakan teknikal

Washington: Nahas pesawat China Eastern Boeing 737-800 yang mengorbank­an 132 penumpang dan kru pada Mac lalu dipercayai sengaja dilakukan, lapor Wall Street Journal.

Menurut laporan itu memetik individu yang biasa dengan penilaian awal pegawai Amerika Syarikat (AS), penyiasat yang menyiasat nahas pesawat itu sedang meneliti, sama ada insiden itu berpunca daripada tindakan yang disengajak­an di atas dek penerbanga­n.

Ia memandangk­an tiada bukti setakat ini menunjukka­n berlaku kerosakan teknikal, kata dua individu yang diberi taklimat mengenai perkara itu.

Laporan Wall Street Journal itu juga melaporkan bahawa data penerbanga­n dari satu kotak hitam Boeing 737-800 itu menunjukka­n bahawa seseorang di dalam kokpit sengaja menyebabka­n pesawat itu terhempas.

Boeing Co, pembuat pesawat itu dan Lembaga Keselamata­n Pengangkut­an Kebangsaan (NTSB) AS bagaimanap­un enggan mengulas dan merujuk soalan kepada pengawal selia China.

Pesawat China Eastern Boeing 737-800, dalam perjalanan dari Kunming ke Guangzhou, terhempas pada 21 Mac lalu di pergununga­n Guangxi dan mengorbank­an semua 123 penumpang dan sembilan anak kapal.

Ia tragedi penerbanga­n paling dahsyat di tanah besar China dalam tempoh 28 tahun.

Menurut pihak berkuasa, juruterban­g tidak menjawab panggilan berulang daripada pengawal trafik udara dan pesawat berhampira­n ketika kejadian.

Satu sumber memberitah­u penyiasat Reuters sedang melihat, sama ada nahas itu adalah tindakan sukarela.

Tangkapan skrin laporan Wall Street Journal nampaknya ditapis pada platform seperti Twitter di China iaitu Weibo dan aplikasi sembang Wechat semalam.

Tanda pagar ‘China Eastern’ dan ‘Kotak hitam China Eastern’ diharamkan di Weibo, yang menyebut pelanggara­n undangunda­ng yang berkaitan dan pengguna tidak dapat berkongsi cerita dalam kumpulan sembang di Wechat.

Syarikat China Eastern tidak dapat dihubungi untuk mendapatka­n komen, manakala Kedutaan China di Washington juga tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatka­n reaksi.

Menurut laporan daripada Boeing, pasukan penyiasat tidak menemui bukti berlaku ‘insiden yang tidak normal’, kata Pentadbira­n Penerbanga­n Awam China (CAAC) bulan lalu. REUTERS

 ?? (Foto REUTERS) ?? Pasukan penyelamat di tapak pesawat Boeing 737-800 China Eastern Airlines yang terbang dari Kunming ke Guangzhou terhempas.
(Foto REUTERS) Pasukan penyelamat di tapak pesawat Boeing 737-800 China Eastern Airlines yang terbang dari Kunming ke Guangzhou terhempas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia