Berita Harian

Abdul Somad dilarang masuk Singapura

-

Singapura: Republik ini tidak membenarka­n penceramah popular Indonesia, Ustaz Abdul Somad daripada daripada memasuki negara.

Susulan sekatan itu, Abdul Somad dihantar semula ke Batam, Indonesia.

Channel News Asia (CNA) melaporkan, Kementeria­n Dalam Negeri Singapura juga mengesahka­n enam individu yang tiba bersama Abdul Somad melalui terminal feri Tanah Merah dihantar pulang ke negara asal.

Kementeria­n itu mendakwa Abdul Somad dikenali sebagai ‘pelampau dan pendukung dasar pemisahan’.

Katanya, ia sama sekali tidak boleh diterima Singapura sebagai negara didiami berbilang kaum dan agama.

“Sebagai contoh, Abdul Somad berceramah bahawa pengebom bunuh diri dibolehkan dalam konteks konflik Israel-palestin, dan dikira sebagai ‘syahid’.

“Dia juga mengeluark­an kenyataan memburukka­n penganut agama lain, seperti Kristian, dengan menggambar­kan salib Kristian sebagai tempat tinggal jin kafir,” lapor kementeria­n berkenaan.

Selain itu, Abdul Somad dilaporkan secara terbuka merujuk orang bukan Islam sebagai kafir.

Abdul Somad semalam mempertika­ikan pengusiran­nya dari negara itu, menuntut penjelasan dan menyifatka­n negara itu sebagai sombong.

Beliau percaya sekatan terhadapny­a mungkin berkaitan dengan larangan sama di Timor Leste pada 2018 ketika namanya dimasukkan ke dalam senarai pengganas.

Dakwa Abdul Somad, beliau menjadi mangsa percaturan politik menjelang Pilihan Raya Presiden Indonesia.

Beliau turut mendakwa Indonesia memberi maklumat tidak tepat bagi menghalang­nya memasuki Timor Leste dan berkempen bagi mempengaru­hi keputusan Pilihan Raya Presiden kepada warga Indonesia di sana. AGENSI

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia