Berita Harian

Syor tapis pembekal kandungan

-

RTM disaran semak latar belakang syarikat produksi demi kualiti program

Oleh Farihad Shalla Mahmud

farihad@bh.com.my

Jaminan RTM untuk telus dalam menilai syarikat produksi yang layak membekalka­n program televisyen (TV) untuk disiarkan stesen penyiaran milik kerajaan itu tahun depan, disambut baik penggiat industri kreatif.

Seperti dinyatakan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud pada program taklimat bersama pembekal bagi perolehan pembekalan program TV tempatan dan swasta baharu dan sambung siar 2023 di Angkasapur­i, Kuala Lumpur, baru-baru ini, penerbit berharap kenyataan itu bukan retorik semata-mata.

Bagi memastikan apa yang dijanjikan Che Roslan menjadi kenyataan dan bukan sekadar omong kosong, penerbit menyaranka­n RTM membuat tapisan terhadap syarikat produksi yang berminat menjadi pembekal kandungan kepada stesen penyiaran itu.

Penerbit terkenal, David Teoh, berkata tindakan itu perlu dilakukan bagi memastikan hanya syarikat berpengala­man layak diberikan peluang itu.

“Sebenarnya, lebih 70 peratus yang datang ke sesi saringan perolehan itu adalah pembekal yang tiada pengalaman dalam bidang penerbitan.

“Walaupun lebih 1,000 pembekal hadir pada sesi taklimat itu, syarikat yang benar-benar layak tidak sampai 100 syarikat,” katanya kepada HIP.

David yang aktif dalam bidang penerbitan kandungan sejak lebih 20 tahun lalu mendakwa lazimnya pembekal mendaftar banyak syarikat dengan menggunaka­n nama adik-beradik dan sanak saudara, malah, pembantu rumah.

“Mereka datang ke sesi taklimat ini mungkin sebab perniagaan lain yang diusahakan sebelum ini sudah lingkup.

“Kebanyakan mereka datang dengan penuh harapan iaitu mahu menjadikan RTM sebagai pusat kebajikan yang boleh membantu menyelesai­kan malah kewangan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, David mencadangk­an RTM menapis syarikat pembekal kandungan yang membuat permohonan menerbitka­n program kepada stesen penyiaran itu.

Tambahnya, walaupun amalan membuka peluang kepada pembekal baharu dianggap sesuatu yang positif, RTM perlu berpadapad­a selain mengambil kira kedudukan kewangan pembekal bagi mengelak berlaku masalah.

“Selebihnya, banyak syarikat suka mengambil pendekatan trial and error. RTM pula suka bagi peluang kepada kelompok ini, walaupun mereka tidak pasti bagaimana hasilnya (kandungan diterbitka­n).

“Pernah terjadi apabila ada syarikat produksi yang datang kepada saya meminta bantuan wang pendahulua­n.

“Ini tidak betul sebab kelayakan sebagai penerbit tiada. Lebih mengecewak­an apabila penerbit seperti ini diberi banyak projek, walhal sumber kewangan mereka goyah,” katanya.

David berkata, RTM mungkin perlu memilih syarikat yang memiliki pengalaman sesuai untuk menyertai sesi pitching.

“Ini untuk mengelak pegawai yang bertugas memproses permohonan itu bekerja dengan teruk,” kata penerbit yang banyak menghasilk­an filem pecah panggung ini.

Biarpun mendakwa pernah mendengar jaminan sama sebelum ini, pemilik Syarikat Pencil Pictures & Records, Datuk Ayu Puteh bersikap positif.

Ayu atau nama sebenar, Normashayu Puteh menaruh keyakinan dengan kepemimpin­an baharu dalam sesi saringan perolehan itu yang disifatkan sebagai berilmu dan faham kehendak industri.

“Melihat kepada cara kerja dan pembentang­an dilakukan kumpulan yang menerajui sesi taklimat itu, saya dapat rasakan mereka adalah yang terbaik kalau hendak dibandingk­an dengan kumpulan sebelum ini.

“Bermula daripada Ketua Pengarah Penyiaran hingga pengurus saluran, masing-masing ada faktor ‘wow’ dan corak penyampaia­n mereka cukup dekat dengan kita sebagai penerbit.

“Mereka ada ilmu dan tahu apa yang penerbit mahukan. Ini berbeza dengan penganjur sesi taklimat sebelum ini yang lebih kepada konsep ‘asal boleh’.

“Apabila mereka sendiri bersikap sekadar melepaskan batok di tangga, secara tidak langsung penerbit terpengaru­h dengan sikap mereka. Itu yang menyebabka­n ada antara mereka menghasilk­an produk tidak berkualiti,“katanya.

Apa yang dikesalkan tambah Ayu, selepas mendapat produk tidak bermutu, penerbit disalahkan sedangkan pada awalnya, RTM tidak memberi peluang kepada syarikat produksi berwibawa untuk menerbitka­n kandungan.

Sehubungan itu, penerbit filem Ada Apa Dengan Dosa ini berharap RTM tidak mengulangi kesilapan serupa dan lebih bertegas dalam menjaga kualiti produk mereka.

“Saya mengaku kecewa apabila RTM beri peluang kepada penerbit sebegini, walhal, ada ramai penerbit yang lebih bagus. Gara-gara tidak telus, dua tahun saya tiada projek dengan RTM.

“Tetapi tidak mengapa, saya malas hendak buat bising dan reda sahaja.

“Disebabkan Ketua Pengarah Penyiaran sudah berjanji, saya harap mereka tunaikan janji mereka itu. Jika masih berlaku perkara sama, saya tidak teragak-agak bersuara dan meminta penjelasan mereka,” katanya.

Che Roslan Che Daud

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia