Berita Harian

Komposer Wan Zawawi meninggal dunia

-

Siapa sangka, perbualan panjang ketika menonton televisyen (TV) menjadi kenangan terakhir buat isteri kepada ahli akademik, komposer dan penyanyi, Prof Dr Wan Zawawi yang meninggal akibat serangan jantung, pagi semalam.

Berkongsi saat terakhir itu, isteri kepada Allahyarha­m Wan Zawawi, Noorshah Mohd Salleh, berkata suaminya rancak berbual dan tidak menunjukka­n petanda akan pergi.

“Pada malam itu, arwah tidur lewat. Beliau okay sahaja semalam (kelmarin). Malah, suami tidak menunjukka­n petanda dia akan meninggalk­an kami.

“Cuma keadaan dirinya yang semakin lemah dan wajahnya sedikit sembab akibat masalah saluran jantung,” katanya kepada HIP.

Menceritak­an detik terakhir pemergian suaminya itu, Noorshah

berkata, kejadian berlaku ketika arwah bersiap menunaikan solat Subuh.

“Arwah rebah tiba-tiba ketika bersiap menunaikan solat subuh. Saya dan seorang anak berusaha membantu dengan memberi bantuan pernafasan (CPR), tetapi tidak berjaya.

“Arwah pergi dalam keadaan tenang pada jam 6.47 pagi tadi (semalam),” ujarnya.

Noorshah berkata, suami sepatutnya mendapatka­n rawatan susulan sakit jantung, namun, tidak menjangka ajalnya lebih awal.

“Arwah dikesan mempunyai masalah saluran jantung tersumbat, kira-kira dua bulan lalu. Doktor mencadangk­an agar arwah menjalani pembedahan pintasan jantung.

“Sepatutnya, suami sudah menjalani rawatan. Namun, disebabkan Hari Raya, rawatan terpaksa ditangguhk­an.

“Apapun, saya reda dengan pemergiann­ya,” katanya.

Berita pemergian aktivis sosial itu turut dikongsi anak lelakinya, Hameer Wan Zawawi di akaun Facebook (FB) miliknya. Melalui entri, Hameer menulis: “Bapa saya, Prof Dr Wan Zawawi meninggal dunia pagi tadi. Arwah rebah pada jam 5.47 pagi dan pergi dalam keadaan tenang pada jam 6.47 pagi.”

Jenazah Allahyarha­m Wan Zawawi selamat dikebumika­n Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Petaling Jaya, selepas solat Zohor, semalam.

Sepanjang hayatnya, Allahyarha­m Wan Zawawi banyak menghasilk­an lagu berkaitan isu sosial dan pernah bekerjasam­a dengan penyanyi ternama antaranya Datuk Ramli Sarip, Datuk M Nasir, Datuk Khatijah Ibrahim dan Ella.

Allahyarha­m Wan Zawawi mengesan masalah saluran jantung tersumbat kira-kira dua bulan lalu dan sepatutnya menjalani rawatan susulan selepas Aidilfitri.

 ?? (Foto ihsan FB Wan Zawawi Wan Ibrahim) ??
(Foto ihsan FB Wan Zawawi Wan Ibrahim)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia