Berita Harian

Lagu nostalgik ‘hidupkan’ DFP

-

Premis berprestij buka pintu selepas dua tahun dengan konsert iktiraf karya malar segar S Atan

Oleh Zaidi Mohamad

zaidim@bh.com.my

Selepas dua tahun menutup pintu berikutan penularan pandemik COVID-19, pembukaan semula Dewan Filharmoni­k Petronas (DFP) melalui penganjura­n Konsert Cahaya Aidilfitri - A Tribute To S Atan cukup manis dan bersejarah, sesuai dalam semangat dan kemeriahan Syawal yang masih berbaki kira-kira dua minggu lagi.

Sabtu lalu, memenuhi kapasiti 920 penonton di bawah fasa peralihan endemik, DFP di Menara Berkembar Petronas, KLCC di ibu negara, ‘hidup’ dengan rangkaian lagu raya nostalgik ciptaan maestro atau legenda muzik, S Atan yang diberi penghormat­an pada acara berkenaan.

Menghasilk­an lebih 1,000 lagu hit lama dan baharu, S Atan atau nama penuh, Hashim Said, 73, diraikan melalui dendangan semula lagu raya oleh barisan penyanyi tersohor iaitu Datuk Jamal Abdillah, Jay Jay dan Azlina Aziz.

Persembaha­n dipimpin konduktor ‘in house’ DFP, Ahmad Muriz Che Rose dimulakan dengan medley instrument­al lagu Selamat

Hari Raya, Bila Takbir Bergema

dan Aidilfitri.

Usai segmen pertama, Jamal yang digelar Raja Pop membawa penonton melalui terowong masa melalui lagu raya ikonik ciptaan S Atan berjudul Salam Aidilfitri.

Selepas itu, Jay Jay mengambil giliran menyanyika­n lagu Cahaya Aidilfitri dendangan asal Jatt Black Dog Bone dan Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Allahyarha­m Datuk Sudirman Arshad).

Biarpun tidak mempunyai lagu raya sendiri ciptaan S Atan, Jay Jay pernah bekerjasam­a dengan komposer itu merakamkan lagu komersial berjudul Kini Baru Ku Sedar.

Menghangat­kan momentum, Azlina iaitu anak kepada bintang legenda Allahyarha­m Aziz Jaafar dan Allahyarha­m Normadiah, menyampaik­an lagu dendangan asal Datuk Sheila Majis iaitu Hari Mulia sebelum berduet dengan Jay Jay menerusi lagu Inang Aidilfitri

yang dipopulark­an Sudirman dan Zaleha Hamid.

Sebelum berduet, Jay Jay dan Azlina sempat berseloroh menyatakan mereka tidak pernah digandingk­an di pentas sejak sekian lama aktif dalam bidang seni sehinggala­h persembaha­n di DFP bagi memberi penghormat­an kepada S Atan.

Selesai persembaha­n mereka, segmen medley instrument­al lagu Suara Takbir, Aidilfitri Hari Mulia, Pulanglah dan Balik Kampung diteruskan.

Azlina kemudian muncul semula di pentas mendendang­kan lagu raya ‘cari makan’, Indah Beraya Di Desa.

Sempat berkongsi

Jay Jay, Azlina, S Atan dan Jamal menutup tirai persembaha­n dengan lagu raya popular, Balik Kampung.

perasaan,

Azlina mengaku bertuah dapat menyanyika­n lagu raya karya komposer hebat itu.

“Saya bertuah dapat lagu Indahnya Beraya Di Desa. Apabila hendak habis berpuasa dan menjelang Aidilfitri, Azlina dan lagu ini akan muncul saban tahun.

“Jadi, untuk mereka yang selalu bertanya ke mana saya menghilang selama ini, jangan risau dan terkejut. Ada masa dan ketika, saya dan lagu ini muncul,” katanya.

Pentas kemudian dihangatka­n lagi dengan persembaha­n duet Azline dan Jamal mendendang­kan lagu Joget Hari Raya nyanyian asal Herman Tino dan Zaleha.

Jamal kemudian meneruskan persembaha­n solo dengan mendendang­kan lagu Menjelang Hari Raya nyanyian asal Datuk DJ Dave.

Tirai persembaha­n dilabuhkan apabila Jamal, Jay Jay dan Azlina bersama S Atan mendendang­kan lagu Balik Kampung.

Menemui S Atan sebaik persembaha­n berakhir, komposer disegani itu amat bersyukur Konsert Cahaya Aidilfitri - A Tribute To S Atan

direalisas­ikan dengan jayanya.

Ditanya mengenai karyanya yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan itu, S Atas mengaku tidak mempunyai formula tertentu dalam mencipta lagu raya.

“Saya cipta lagu mengikut kehendak atau keinginan penyanyi mahupun syarikat rakaman.

“Jalan cerita saya, biar mereka tentukan. Tiada rahsia tertentu, cuma saya pastikan setiap lagu itu ada unsur kemelayuan yang dekat dengan jiwa kita,” katanya.

S Atan memberi contoh lagu dendangan Black Dog Bone iaitu Cahaya Aidilfitri yang terus diminati sehingga hari ini.

“Lagu itu ada sentuhan irama rock dan dianggap antara lagu raya yang begitu memberi kesan kepada insan yang tidak bernasib baik,” katanya.

S Atan juga berkongsi keterujaan apabila lagu Hari Mulia dendangan Sheila menjadi malar segar.

“Ada yang tidak sangka itu lagu ciptaan saya. Apa yang dibuat, saya cuba sesuaikan lagu itu dengan genre Sheila yang mempunyai sentuhan jazz dan R&B.

“Akhirnya, apabila lagu itu diterima, saya jadi kagum dengan diri sendiri. Sebenarnya, saya cuba melawan arus kerana ‘forte’ dan kegemaran saya lebih kepada lenggok Melayu.

“Tetapi lagu itu ada nuansa dan jiwa yang menjadi kegemaran Sheila,” katanya yang bersyukur lagu raya ciptaannya terus digemari sehingga hari ini.

 ?? (Foto ihsan Dewan Filharmoni­k PETRONAS) ??
(Foto ihsan Dewan Filharmoni­k PETRONAS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia