Berita Harian

‘Saya masih hormati bekas suami’

-

Hampir dua dekad melayari bahtera rumah tangga, tiada angin, tiada ribut, ikatan suci yang dibina pasangan pelakon, Ellie Suriaty Omar, 52, dan Azri iskandar, 54, akhirnya menemui titik noktah, Selasa lalu.

Tiada pasangan berkahwin mahukan perceraian, namun, siapa kita untuk menidakkan ketentuan takdir.

Biarpun tidak lagi tinggal sebumbung dan berkongsi bantal, terlalu banyak kenangan pahit manis suka dan duka yang dikongsi bersama.

Lebih-lebih lagi, sepanjang 19 tahun berkongsi hidup, rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18, dan Nur Azreen, 13, sebagai pengikat kasih.

Dalam nada suara tenang, Ellie memberitah­u, keputusan untuk berpisah bukan mudah. Malah, akui bintang Spinning Gasing ini, keputusan diambil cukup berat.

Tegas Ellie, bukan dia mahupun Azri tidak cuba menyelamat­kan bahtera perkahwina­n, sebaliknya, pelbagai usaha dilakukan sejak empat tahun lalu, namun, tidak berhasil.

“Keputusan ini adalah sesuatu yang cukup berat dan tidak dibuat dalam tempoh singkat. Sebaliknya, kami mengambil masa panjang antara tiga hingga empat tahun sebelum keputusan dicapai.

“Pelbagai usaha sudah kami lakukan, bukan kami tidak berusaha langsung bagi menyelamat­kan perkahwina­n ini. Kami juga berserah, tawakal serta percaya kepada qada dan qadar.

“Kami cuba sedaya upaya menyelamat­kan perkahwina­n ini demi anak. Namun, jodoh dan pertemuan semuanya sudah tertulis,” katanya ketika dihubungi HIP.

Ellie dan Azri bercerai secara rasmi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala

Lumpur dengan talak satu, Selasa lalu.

Ellie yang memfailkan perceraian pada 22 April lalu sudah meninggalk­an rumah kelamin mereka sebaik perceraian difailkan di mahkamah.

Ellie berkata, dia meminta izin daripada Azri untuk keluar rumah kerana enggan bersikap hipokrit.

“Sebelum itu, kami masih duduk bersama. Namun, selepas memfailkan perceraian, saya meminta izin daripadany­a untuk keluar rumah. Saya rasa tidak hormat kepada diri sendiri kerana sudah failkan perceraian,” katanya.

Ditanya apa yang menjadi punca dia nekad dengan keputusann­ya itu, Ellie enggan mendedahka­n butirannya. Ellie menjelaska­n perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsika­n.

Cukup, katanya, tiadanya persefaham­an sepanjang hidup bersama menjadi punca mereka membuat keputusan untuk membawa haluan hidup sendiri.

“Saya dan Azri sangat menjaga privasi, terutama yang membabitka­n hal peribadi. Jadi, biarlah hanya kami berdua sahaja tahu punca perpisahan itu.

“Cuma apa yang boleh saya katakan, tiada lagi persefaham­an.

“Walaupun sudah berpisah, saya tetap hormati dia sebagai bapa kepada anak kami.

“Jadi, tentulah sukar untuk saya memadamkan memori bersama. Bagi saya, segala memori itu tidak mampu dibeli dengan wang ringgit,“katanya.

Menyentuh soal anak, Ellie berkata, anak faham dan matang dengan apa yang berlaku. Tambah Ellie, dia dan bekas suami tidak pernah menghalang anak memberi pendapat kerana mereka adalah sebuah keluarga.

Ellie dan Azri berkahwin pada 2003.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia