Berita Harian

Liverpool belum mengalah

-

Liga Perdana Inggeris

Penjaga gol Southampto­n, Alex Mccarthy gagal menyelamat­kan percubaan Joel Matip pada aksi EPL, semalam.

Juara EPL ditentukan pada aksi terakhir Ahad ini

Southampto­n: Jurgen Klopp menggambar­kan peluang Liverpool memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai ‘mungkin tidak, tetapi boleh dilakukan’ selepas pasukannya membawa pemburuan gelaran ke hari terakhir dengan kemenangan 2-1 mengatasi Southampto­n, semalam.

Selepas Liverpool menewaskan Chelsea menerusi penentuan penalti pada final Piala FA hanya tiga hari lalu, Klopp memperjudi­kan pasukannya dengan sembilan perubahan di St Mary’s.

Walaupun menurunkan pasukan simpanan dan ketinggala­n hasil jaringan awal Nathan Redmond,

Liverpool membalas menerusi Takumi Minamino dan Joel Matip.

Skuad Reds hanya satu mata di belakang pendahulu, Manchester City dengan kedua-duanya masih ada baki satu perlawanan.

Pemburuan gelaran akan memihak kepada City jika mereka menang berdepan Aston Villa di Stadium Etihad Ahad ini.

Klopp menegaskan pada hujung minggu lalu bahawa dia tidak menjangkak­an City akan mencicirka­n mata berdepan Villa.

Namun Liverpool akan dimahkotak­an selaku juara buat kali kedua dalam tiga musim jika menewaskan Wolves di Anfield dan City gagal mencipta kemenangan.

“Sudah tentu ia sukar kerana City bermain di laman sendiri berdepan Aston Villa yang hanya bermain pada Khamis. Ia mungkin boleh, mungkin tidak tetapi boleh dilakukan. Ia sudah cukup.

“Ia perlawanan terakhir kami di laman sendiri, suasananya pasti menakjubka­n dan kami akan cuba menggunaka­nnya.

“Sudah tentu ia boleh berlaku. Bola sepak kadangkala penuh muslihat. Peluang yang kami ada malam ini hanya untuk menang. Kami melakukan tugas itu dan tidak pernah putus asa,” kata Klopp.

Skuad kendalian Klopp dijangka meneruskan tugas mereka berdepan Wolves, terutama selepas pemain mereka yang sudah cergas boleh kembali bersama pasukan.

Sadio Mane, Luis Diaz, Andrew Robertson, Thiago Alcantara dan Trent Alexander-arnold antara yang tidak beraksi menentang Southampto­n, manakala Mohamed Salah serta Virgil van Dijk diketepika­n kerana kecederaan di Wembley.

“Saya tidak pernah ada kumpulan pemain seperti ini. Mereka sentiasa memberi tekanan sesama sendiri. Pada penghujung­nya, ia amat menakjubka­n dan malam ini sangat istimewa.

“Kami mungkin ada lebih banyak masalah hari ini jika kami menggunaka­n pemain yang beraksi 120 minit pada Sabtu,” katanya. AFP

 ?? (Foto REUTERS) ??
(Foto REUTERS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia