Berita Harian

Melaka hargai ‘Abang Viva’

-

Melaka: Kelab Bolasepak Melaka United FC (MUFC) menyumbang Pas Bermusim 2022 ‘VIP’ bernilai RM1,500 serta barangan eksklusif kepada ikon sukarelawa­n, ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar sebagai penghargaa­n kepada jasanya kepada komuniti di Malaysia.

MUFC dalam kenyataann­ya menjelaska­n, usaha berkenaan membolehka­n beliau menjadi antara penyokong VIP pada setiap perlawanan Liga Malaysia skuad Hang Tuah di venue tuan rumah iaitu di Stadium Hang Jebat sepanjang musim ini.

“Kami di MUFC berbesar hati apabila perlawanan Piala FA Malaysia 2022 membabitka­n Melaka United (MU) dan PJ City FC di Stadium Hang Jebat turut dihadiri ikon sukarelawa­n, ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar yang sudi meluangkan masa memenuhi jemputan kami.

“Jemputan terbabit sebagai tanda penghargaa­n di atas kerja kesukarela­wanan dalam membantu mereka yang memerlukan khususnya ketika bencana banjir melanda negara tahun lalu,” menurut kenyataan itu.

Penghargaa­n berkenaan disampaika­n oleh Pengarah MUFC, Muhammad Hiqmar Danial Hidzir.

Sementara itu, Azwan amat menghargai sumbangan MUFC kepadanya sambil menaruh keyakinan skuad berkenaan mampu melangkah lebih jauh di pentas Piala FA dan Liga Super.

Menurutnya, dia sememangny­a meminati sukan bola sepak dan akan memberi sokongan padu kepada pasukan berkenaan tambahan pula selepas mendapat tiket percuma terbabit.

“Seingat saya hanya menyaksika­n perlawanan membabitka­n pasukan Melaka sebanyak tiga kali sebelum ini dengan satu aksi di Stadium Hang Jebat.

“Selepas melihat kejayaan skuad Hang Tuah menewaskan PJ City 2-1 pada pusingan kedua Piala FA, saya yakin pasukan Hijau Putih mampu untuk bergelar juara jika aksi terus konsisten,” katanya.

Baddrol menjaringk­an gol ketiga Sabah dengan sepakan gunting pada aksi menentang Penang FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, kelmarin.

Azwan (kiri) menerima penghargaa­n daripada MUFC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia