Berita Harian

Kedah rancang ikat lima pemain baharu

-

Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang belum mendapat rentak kemenangan dalam empat perlawanan lalu bakal melakukan perubahan besar membabitka­n kemasukan pemain baharu dalam tempoh jendela perpindaha­n kedua bermula 28 Mei ini.

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata, skuadnya merancang mengikat lima muka baharu bagi memperkuat­kan pasukan menjelang Piala AFC bulan depan.

“Kami akan membuat beberapa pertukaran pada tempoh jendela perpindaha­n kedua kali ini kerana keadaan pasukan tidak berada pada kedudukan terbaik.

“Kami adalah Kedah dan kami mahu jadi yang terbaik. Jadi dengan kesempatan pada tempoh jendela perpindaha­n kedua ini, kami merancang melakukan pertukaran seramai dua atau tiga atau mungkin hingga lima pemain kerana kami mahu beraksi pada tahap terbaik pada peringkat Piala AFC musim ini.

“Selain itu jangan lupa perlawanan seterusnya bertemu JDT di mana kami perlu bersiap sedia dengan bekerja lebih keras pada tahap lebih tinggi, terutama membabitka­n kemampuan dan kecergasan,” katanya.

Mengulas mengenai keputusan terikat tanpa jaringan menentang Negeri Sembilan

FC (NSFC) kelmarin,

Aidil berkata beliau turut terkilan kerana hasrat untuk mendapatka­n tiga mata tidak kesampaian selepas gagal mencapai kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut. Sementara itu, jurulatih NSFC, K Devan menganggap faktor penyudah yang tidak menjadi menyebabka­n skuad kendaliann­ya gagal membawa pulang tiga mata.

Menurut jurulatih berusia 54 tahun ini, skuadnya sepatutnya berada di depan apabila beberapa percubaan penyerangn­ya hampir membolosi gawang Kedah sepanjang tempoh perlawanan.

“Kami lebih tersusun di bahagian pertahanan cuma dalam bab serangan saya sedikit terkilan kerana kami patut menjaringk­an gol berdasarka­n beberapa peluang yang dicipta,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? Aidil Sharin Sahak
Aidil Sharin Sahak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia