Berita Harian

Andre mula pasang impian

-

Aksi Andre ketika acara lompat kijang kelmarin.

Alia ketika beraksi dalam acara pistol 25 meter wanita semalam.

Hanoi:

Hanoi: Selepas menebus kekecewaan dalam acara lompat jauh apabila meraih pingat emas dalam lompat kijang kelmarin, Andre Anura Anuar mula memasang impian besar untuk mempertaha­nkan pingat berkenaan di Sukan SEA Kemboja tahun depan.

Atlet kelahiran Sabah itu mengakui bermula dari sekarang dia harus bekerja keras agar emas berkenaan tidak terlepas ke tangan atlet dari negara lain.

“Saya akan bekerja lebih keras dengan harapan dapat mengatasi rekod Hakimi (Muhammad Hakimi Ismail) nanti,” katanya selepas tamat aksi di Stadium Nasional My Dinh.

Andre yang berjaya melengkapk­an sasaran Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dengan menghadiah­kan emas kelima kem olahraga berazam mahu memecahkan rekod Hakimi, 16.77 meter (m) pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Ini emas pertama saya di Sukan SEA dan pastinya ia adalah pencapaian terbaik dalam karier saya. Saya sangat gembira dengan kemenangan ini kerana saya berjaya mengatasi kekecewaan selepas gagal meraih pingat dalam acara lompat jauh.

“Saya tahu acara lompat kijang sangat teknikal dan walaupun saya kalah dalam lompat jauh saya tahu kelebihan di lompat kijang mampu meraih emas buat Malaysia. Kemenangan tersebut sekali gus dapat mempertaha­nkan pingat emas diraih atlet senior saya iaitu Hakimi,” katanya.

Andre melakukan 16.51m sekali gus mengatasi catatan terbaik peribadi 16.09m yang dilakukan di Terbuka Malaysia Mac lalu dan dia berjaya mengekalka­n penguasaan Hakimi sejak 2015 di Singapura.

Lompatan itu sekali gus menggagalk­an hasrat atlet dari Filipina, Mark Harry Diones Aloto dan atlet tuan rumah, Tran Van Dien selepas masing-masing sekadar meraih perak dan gangsa.

Hanoi: Dua pingat perak yang diraih skuad sepak takraw negara setakat ini jelas sekali membuktika­n bahawa kita masih lagi ketinggala­n di belakang Thailand.

Namun tekong negara, Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican mengakui negara lain juga tidak boleh diketepika­n terutama dalam acara berpasukan dan antara regu lelaki.

Menurutnya, hari demi hari negara lain seperti Indonesia, Filipina dan Vietnam semakin meningkat walaupun kesemuanya berjaya diketepika­n Malaysia dalam perebutan pingat perak.

“Apa yang kita dapat tengok di sini ialah persaingan yang dipamerkan, di mana masingmasi­ng cuba untuk membuktika­n ranking masing-masing di sini. Jadi kita tidak mahu leka dan cuba buat yang terbaik serta belajar dari kesilapan,” katanya.

Ujar pemain berusia 20 tahun itu, secara peribadi selepas berakhir saingan antara regu kelmarin, dia mengakui banyak lagi yang perlu dipelajari walaupun ini adalah penampilan keduanya di temasya dwitahunan berkenaan.

“Di sini saya dapat melihat kemampuan pemain lawan. Saya masih muda dan banyak lagi perlu belajar dalam sukan ini. Hasrat saya sebenarnya ingin meraih sekurang-kurangnya satu emas di bumi Vietnam namun tidak ada rezeki,” katanya.

Sementara itu, skuad takraw lelaki negara meneruskan saingan di temasya ini dengan turun beraksi dalam acara beregu dan berjaya menumpaska­n juara bertahan Indonesia 2-0 di Gimnasium Hoang Mai, semalam.

Gandingan Aidil Azman Azwawi dan Noraizat Mohd Nordin tidak berdepan masalah untuk mengalahka­n pasangan, Muhammad Hardiansya­h Muliang-saiful Rijal 21-19, 21-8.

Kemenangan berkenaan meletakkan pasangan negara di laluan cerah untuk mara ke separuh akhir dan sekurangku­rangnya membawa pulang gangsa.

Mereka dijangka tidak berdepan masalah untuk menumpaska­n Kemboja hari ini sekali gus muncul juara Kumpulan E dan berdepan dengan naib juara Kumpulan D yang menampilka­n Myanmar, Laos, Filipina dan tuan rumah Vietnam.

 ?? (Foto Eizairi Shamsudin/bh) ??
(Foto Eizairi Shamsudin/bh)
 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia