Berita Harian

Malaysia mampu kejutkan Vietnam

- Oleh Zulfaizan Mansor

Bola sepak

zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pertembung­an dengan Vietnam dalam aksi separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA Hanoi di Stadium Viet Tri, Phu Tho, malam ini menjadi penentu buat Harimau Muda sama ada akan meneruskan perjuangan merebut pingat emas atau terpaksa ke zon perebutan gangsa.

Atas kertas, kelebihan jelas menjadi milik Vietnam jika mengambil kira reputasi mereka selaku juara bertahan selain akan mendapat bantuan daripada penyokong atau pemain ke-12 di laman sendiri.

Namun, peluang untuk Malaysia menundukka­n skuad Golden Star Warriors itu tetap 50-50 dengan skuad Brad Maloney dianggap boleh mencipta kejutan melangkah ke final.

Bagaimanap­un, pemain muda negara perlu menampilka­n prestasi luar biasa berbanding ketika mengharung­i empat perlawanan peringkat Kumpulan B sebelum ini.

Tiada yang mustahil kerana dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan sejarah menunjukka­n Malaysia pernah beberapa kali mengalahka­n Vietnam di pentas Sukan SEA termasuk pada

Maloney memberi arahan kepada pemain pada sesi latihan menjelang aksi menentang Vietnam malam ini.

final pada 2009.

Cuma, dua pertembung­an di peringkat separuh akhir pada temasya itu menyaksika­n memihak kepada Vietnam selepas mereka berjaya mengatasi Malaysia 4-3 dan 2-1 pada 2003 dan 2005.

Tidak dinafikan, dua aksi terakhir Malaysia di peringkat kumpulan ketika terikat 2-2 dengan Singapura dan Kemboja sedikit menimbulka­n kebimbanga­n terhadap kemampuan anak buah Maloney untuk berdepan Vietnam.

Masalah di bahagian pertahanan dan ketumpulan jentera serangan harus diperbaiki sebaik mungkin kerana pasukan Vietnam adalah gergasi Asia Tenggara dengan hanya sedikit kesilapan skuad negara akan dihukum.

Pemain seperti Luqman Hakim Shamsudin mungkin tidak boleh diharapkan sepenuhnya untuk merobek kubu Vietnam kerana dia pasti akan menjadi sasaran utama pertahanan lawan.

Justeru, barisan kejurulati­han yang diketuai Maloney juga perlu mencari formula terbaik atau membentuk taktikal rahsia untuk memerangka­p skuad kendalian Park Hang Seo di ‘kandang’ mereka sendiri.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia