Berita Harian

Bekalan ayam di dua lokasi terjejas sejak Selasa

Pembekal dakwa stok tak cukup, peniaga terpaksa hadkan pembelian

- Oleh Roselan Ab Malek dan Meor Riduwan Meor Ahmad bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Peniaga ayam di Jerantut dan Melaka mendakwa bekalan ayam segar untuk jualan terjejas sejak Selasa lalu.

Mereka mendakwa pembekal memaklumka­n stok ayam segar tidak mencukupi untuk dibekalkan kepada peniaga tetapi tidak jelas sebabnya.

Di Jerantut, semua tujuh gerai menjual ayam segar di Pasar Besar Jerantut ditutup kepada pembeli berikutan tidak mendapat bekalan ayam daripada pembekal ayam, sejak Selasa lalu.

Peniaga ayam di Pasar Besar Jerantut mendakwa mereka tidak memperoleh bekalan ayam hidup sejak Selasa lalu kerana pembekal memaklumka­n stok ayam tidak mencukupi.

Seorang peniaga ayam, Rosdi Omar, 55, berkata bekalan ayam segar mula sukar didapati sejak Selasa dan Rabu lalu dan pada semalam, peniaga mendapat sedikit bekalan, tetapi tidak cukup untuk pembeli.

“Semalam (kelmarin), saya memohon 100 bakul ayam daripada pembekal, tetapi hanya memperoleh 20 bakul, malah ayam yang diterima pun bersaiz kecil,” katanya.

Seorang peniaga ayam segar yang enggan namanya disiarkan berkata, semalam dia tidak menerima bekalan dan menerima sedikit bekalan semalam, tetapi tidak lebih 50 peratus bekalan ayam.

“Selalunya saya terima bekalan kira-kira 500 ekor, tetapi hari ini hanya terima tidak sampai 250 ekor, begitu juga penjual ayam yang lain.

“Di pasar ini ada tujuh pintu gerai dan bagi mengelakka­n perebutan antara pembeli, kami terpaksa menutup gerai dan menghantar kepada pelanggan tetap sahaja, terutama kedai makan,” katanya.

Katanya, biasanya peniaga menerima purata 500 ekor setiap hari tetapi sekarang tidak sampai separuh bekalan diterima dan ada gerai langsung tidak menerimany­a.

“Saya turut menghubung­i rakan penjual ayam di daerah lain seperti Lipis dan Bentong dan mereka turut mengalami keadaan sama, malah penjual ayam di daerah Kuantan juga mahu mendapatka­n bekalan dari Jerantut.

“Kami penjual ayam di daerah ini merayu agar isu bekalan ayam daging dapat diatasi segera demi kesejahter­aan rakyat Malaysia, dan memohon maaf kepada pembeli di daerah ini kerana tidak dapat membekalka­n ayam segar seperti biasa, ” katanya.

Seorang pembeli yang ditemui, Shaharuddi­n Hasim, 48, berkata dia terkejut apabila mendapati semua gerai menjual ayam di Pasar Jerantut ditutup hari ini.

Tinjauan di beberapa pasar raya di bandar ini turut menghadapi masalah sama dan mendapati tiada ayam segar berada di bahagian kaunter jualan ayam.

Di Melaka, peniaga ayam di Pasar Besar Majlis Bandaraya

Melaka Bersejarah (MBMB) di Bachang mendakwa bekalan ayam mentah berkuranga­n sehingga tidak mampu menampung permintaan pengguna.

Beberapa peniaga ditemui mendakwa bekalan ayam segar mentah diterima kelmarin berkurang hampir separuh berbanding sebelum ini menyebabka­n catuan terpaksa dilakukan untuk keadilan kepada pelanggan.

Peniaga, Ghazali Abu Bakar, 48, berkata, biasanya beliau habis berniaga sekitar jam 2 petang, namun bekalan ayam standard habis dijual pada jam 8.15 pagi kelmarin.

“Saya ambil sendiri bekalan ayam hidup dari banyak tempat termasuk Negeri Sembilan dan Johor sebelum diproses di kilang saya di Sungai Putat. Namun bekalan memang kurang hari ini (semalam),” katanya ditemui di pasar itu semalam.

“Masalah seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan saya jangka akan berlarutan hingga awal Jun ini.

Mengulas lanjut, Ghazali berkata, peniaga akur harga siling ayam standard RM8.90 sekilogram, namun terpaksa mengenakan caj potong bagi mendapat sedikit keuntungan.

“Harga daripada pembekal antara RM7.60 hingga RM7.50 sekilogram bagi ayam hidup.

“Saya proses sendiri dengan kos RM1.80, jadi harga modal saja RM9.30 hingga RM9.40, takkan nak jual RM8.90,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Bahtiar Omar, 39, turut mengakui perkara sama dan berharap pihak berwajib campur tangan bagi mengelak ia berpanjang­an hingga menyusahka­n pengguna.

“Hari ini (semalam) saya tempah 400 tapi dapat 200 ekor saja, esok tak tahu dapat atau tidak bekalan ayam.

“Permintaan memang ada, tapi tiada bekalan tiada dan saya bimbang keadaan ini berlarutan, bukan saja peniaga rugi, malah pengguna akan susah kerana ayam ini antara makanan utama rakyat Malaysia,” katanya.

 ?? (Foto Roselan Ab Malek/bh) ?? Gerai jual ayam di Pasar Besar, Jerantut ditutup kerana tiada bekalan sejak tiga hari lalu.
(Foto Roselan Ab Malek/bh) Gerai jual ayam di Pasar Besar, Jerantut ditutup kerana tiada bekalan sejak tiga hari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia