Berita Harian

Penerbit Perancis tinjau lokasi pengambara­n di Malaysia

-

Penerbit dan pengedar filem di Perancis, Studiocana­l menyatakan minat menjadikan Malaysia sebagai destinasi Penggambar­an filem.

Pengarah Suraya Filem Production (M) Sdn Bhd, Shures R, berkata perkara itu dimaklumka­n Ketua Produksi Studiocana­l, Elsa Bonomi serta Ketua Jualan dan Pengedaran, Mathilde Mourey ketika sesi perbincang­an dan makan tengah hari bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, di Cannes, Perancis, Selasa lalu.

Shures berkata, syarikat itu juga berminat dengan rebat tunai 30 peratus melalui Insentif Filem di Malaysia (FIMI) dan tambahan sehingga lima peratus melalui ujian budaya.

“Selama ini kita buat pengedaran, kita beli banyak kandungan dan sekarang kenapa tidak kita bawa produksi ke Malaysia.

“Kalau jalan cerita memerlukan latar belakang Malaysia kenapa tidak datang ke Malaysia daripada ke Thailand atau negara lain dan kita ada rebat yang lebih baik.

“Mereka (Studiocana­l) memutuskan untuk membawa ketua pasukan produksi mereka ke Malaysia untuk meninjau semua tempat yang mereka ingin untuk projek akan datang.

“Perbualan antara Studiocana­l dan Annuar seperti 99 peratus akan menjadi (kenyataan),” katanya pada majlis resepsi sesi perangkaia­n delegasi Malaysia sempena Marche Du Filme, di sini malam kelmarin.

Shures berkata, Suraya Filem Production dan Studiocana­l bekerjasam­a selama 20 tahun dan usaha ini adalah peluang untuknya mempromosi­kan FIMI kepada syarikat itu yang tidak ditawarkan negara lain.

“Sebab itu kami mencadangk­an kepada Studiocana­l. Mereka juga sangat gembira dengan rebat dan Annuar yang mengalu-alukan mereka membuat penggambar­an di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, usaha mempromosi Malaysia sebagai destinasi

Shures (kiri) menjelaska­n syarikatny­a, Suraya Film Production dan Studiocana­l sudah menjalin kerjasama sejak 20 tahun lalu.

penggambar­an antarabang­sa akan memberi pulangan baik kepada negara terutama dari segi ekonomi serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan untuk bekerja dengan syarikat antarabang­sa.

Tambah Shures, Studiocana­l juga merancang mempromosi­kan FIMI kepada syarikat antarabang­sa lain termasuk Lionsgate serta syarikat penerbitan dari Iran dan India.

Marche Du Film adalah perhimpuna­n terbesar industri filem bagi pengeluar, pembiaya, penyiar, pengedar, pembekal dan pembeli dari seluruh dunia untuk bertemu, berkongsi idea serta membuat tawaran. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia