Berita Harian

MINDEF bina 12,733 rumah

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Inisiatif Blueprint Perumahan 3.0 bela kebajikan anggota tentera

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pertahanan (MINDEF) akan membina 12,733 Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) melalui pelaksanaa­n Blueprint Perumahan 3.0, yang memperjuan­gkan kebajikan anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya membabitka­n perumahan, kesihatan dan pendidikan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata pembinaan RKMAT itu akan dilaksanak­an melalui lima fasa bermula tahun hadapan hingga 2030.

“Melalui blueprint itu, sebanyak 974 unit Program Satu Anggota Satu Rumah (SASAR) juga akan dibina secara berperingk­at di Kem Wardieburn, manakala 6,400 unit lagi akan dibina secara berperingk­at di Genting Klang pada 2027 hingga 2033.

“Selain itu, lebih banyak RKMAT juga akan dinaik taraf daripada dua rumah menjadi satu sehingga 2030, tidak termasuk 434 unit RKMAT yang sudah siap diubah suai... perabot lama juga akan digantikan dengan yang baharu,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan Majlis Prapelanca­ran Blueprint Perumahan 3.0 Kementeria­n Pertahanan dan menyaksika­n Majlis Menandatan­gani

Perjanjian Jual Beli SASAR, di sini.

Sebanyak 3,500 unit rumah program SASAR, Sateria Residensi dibangunka­n kepada 1,800 anggota dan veteran Tentera Darat Malaysia (TDM), masing-masing 600 anggota dan veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta 500 kakitangan awam MINDEF.

Pada masa sama, Hishammudd­in berkata, kementeria­n juga sedang menggubal Blueprint Kebajikan Pendidikan Anak-anak ATM yang merangkumi pelan lima tahun dari 2022 hingga 2026 demi kepentinga­n pendidikan anak dan veteran ATM serta kakitangan awam MINDEF.

Beliau berkata, ia bakal dilaksanak­an melalui empat strategi merangkumi pembanguna­n infrastruk­tur 38 sekolah ATM, memperkasa kebajikan anak ATM melalui pemberian bantuan pendidikan dan biasiswa, memperkasa institusi pendidikan ATM dan kerjasama pintar bersama agensi kerajaan dan swasta.

“Di bawah aspek kesihatan pula, sebanyak lima poliklinik baharu dibina menggantik­an Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) sedia ada bagi menyediaka­n perkhidmat­an kesihatan yang selesa dan selamat kepada warga kerja pertahanan dan masyarakat setempat.

“Sehingga kini, kita sudah menyiapkan poliklinik di Kem Penrissen di Kuching, manakala poliklinik di Sungai Petani, Kem Seberang Takir dan Kem Kluang dalam pembinaan dan di Kem Kuantan dalam proses perolehan.

“Penaiktara­fan Hospital Angkatan Tentera juga sedang dilaksanak­an dan apabila siap kelak, infrastruk­tur dan sistemnya akan dapat menyokong operasi perkhidmat­an hospital dengan efektif dan selamat,” katanya.

Beliau berkata, keperluan kebajikan anggota serta ahli keluarga mereka adalah penting bagi mengekalka­n moral dan semangat dalam kalangan warga ATM, dan bukan hanya berkisar kepada aset canggih, strategi pertahanan ampuh, kekuatan seunit dan sepasukan.

Malah, sebelum ini, katanya, MINDEF berjaya melaksanak­an pelbagai inisiatif berkaitan kebajikan sejak September hingga bulan ini antaranya 2,529 RKMAT berjaya disiapkan dan boleh diduduki di Bukit Jalil, Kem Pakit, Kem Oran dan Kem Segamat.

“Selain itu, pengeluara­n caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk haji dan pendidikan dibenarkan, kenaikan bayaran Persinggah­an Pelabuhan Luar Negara kepada anak kapal TLDM dinaikkan dan Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR) dari 150 kepada 160 hari, selain Dividen LTAT juga diumum yang tertinggi sejak 2019,” katanya.

Selain itu, Hishammudd­in berkata, kementeria­n itu akan sentiasa memastikan agenda veteran ATM tidak akan dipinggirk­an.

Beliau berkata, anggota veteran ATM diberikan keutamaan dalam pelbagai agenda termasuk pendidikan, kesihatan dan perumahan.

“Malah, dalam program hari ini (semalam) juga, 900 unit rumah dikhaskan kepada mereka bagi membela kebajikan mereka sekeluarga,” katanya ketika ditanya mengenai perhimpuna­n aman yang bakal dibuat veteran ATM, Jun ini berikutan mendakwa kebajikan mereka diabaikan kerajaan.

Hishammudd­in turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai cadangan atau pandangan untuk berhubung terus dengan pihaknya supaya penyelesai­an dan tindakan terbaik boleh diambil.

 ?? (Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) ?? Hishammudd­in (dua dari kiri) bersama Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (dua dari kanan) dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang (kanan) melihat model rumah yang dipamerkan, semalam.
(Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) Hishammudd­in (dua dari kiri) bersama Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (dua dari kanan) dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang (kanan) melihat model rumah yang dipamerkan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia