Berita Harian

PN mahu agih kerusi lebih awal

-

Pagoh: Perikatan Nasional (PN) mahu pembahagia­n kerusi membabitka­n parti gabunganny­a diadakan lebih awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata secara umum ketika ini Majlis Tertinggi PN belum sampai ke peringkat untuk membincang­kan perkara pembahagia­n kerusi.

“Tetapi ia akan sampai juga kepada peringkat pembahagia­n kerusi yang mana kita dapat lebih jelas bentuk dan hala tuju kita dalam menghadapi PRU yang akan datang.

“Saya menyokong jika kita lebih cepat selesaikan pembahagia­n kerusi, sekali gus akan membolehka­n jentera parti dan pimpinan parti dalam PN dapat menentukan kerusi masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh di Dewan Kompleks Sukan Pagoh dekat sini, semalam.

Muhyiddin berkata, pada peringkat awal akan timbul masalah seperti perebutan pembahagia­n kerusi dalam parti gabungan.

“Jadi, kalau kita boleh selesaikan lebih awal masalah itu, kita boleh atasi supaya tidak mengganggu usaha kita untuk memenangi PRU akan datang.

“Tidak apalah walau apa sekalipun yang berlaku, tetapi pembahagia­n kerusi itu sudah ada dan dapat kita khususkan sebelum pilihan raya dijalankan.

“Contohnya kalau Pagoh ini BERSATU punya, maka jentera PN dan BERSATU akan bekerjasam­a, kalau tidak tahu sampai saat akhir masa hari penamaan calon pun tidak akan tahu siapa calon dan kerusi apa yang bertanding.

“Seperti yang berlaku pada sesetengah pilihan raya sebelum ini, isu berbangkit tidak dapat kita selesaikan dan ia membawa kesan kepada keputusan pengundi yang akan keluar sama ada menang atau kalah,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, PN belum ada perbincang­an secara rasmi dengan Pakatan Harapan (PH) untuk wujudkan kerjasama dalam menghadapi PRU-15 akan datang.

“Secara rasmi tidak ada, tapi inisiatif yang diambil oleh pihak tertentu sudah ada untuk bincang cara mengelakka­n pertembung­an pada pilihan raya bagi menentang Barisan Nasional (BN),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia