Berita Harian

Dua bot Vietnam bersama 11 nelayan ceroboh perairan ditahan

-

Kota Kinabalu: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua bot bersama 11 nelayan warga Vietnam kerana menceroboh perairan negara di kawasan utara laut Pulau Langkayan, Sandakan, kelmarin.

Mereka ditahan bersama peralatan menangkap gamat dengan nilai keseluruha­n rampasan dianggarka­n RM2.8 juta.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin, berkata bertindak atas maklumat risikan awam dan tindakan pantas Unit Risikan Marin PPM Sandakan merangka pengoperas­ian membantera­s penceroboh­an bot asing di kawasan berkenaan.

Katanya, hasil operasi itu berjaya menahan dua bot nelayan warga Vietnam.

“Kita menahan 11 individu terdiri daripada juragan dan awak-awak warga Vietnam berusia lingkungan 10 hingga 49 tahun.

“Pemeriksaa­n awal didapati semua suspek tidak mempunyai keterangan diri serta tiada kebenaran atau permit bagi menjalanka­n aktiviti menangkap hidupan laut di perairan negara secara sah daripada Jabatan Perikanan Malaysia,” katanya, semalam.

Ahmad berkata, pihaknya turut merampas lapan set peralatan menangkap gamat dan hasil gamat diperoleh secara haram.

“Nilai rampasan keseluruha­n dianggarka­n RM2,873,000. Kes disiasat mengikut Seksyen

11 nelayan warga Vietnam ditahan ceroboh perairan Pulau Langkayan, Sandakan, kelmarin.

25(a) Akta Perikanan 1985 untuk juragan kapal dan Seksyen 11(3)(b) Akta Perikanan 1985 untuk peralatan perikanan.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta

Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen sah untuk masuk ke negara ini,” katanya.

 ?? (Foto ihsan PPM) ??
(Foto ihsan PPM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia