Berita Harian

Hanya kenderaan ada permit boleh ke Bukit Bendera

- Oleh Zuhainy Zulkiffli

Tindakan elak kemalangan, kesesakan lalu lintas bhnews@bh.com.my

Georgetown: Pemilik kenderaan yang menaiki Bukit Bendera menerusi laluan kenderaan pacuan empat roda, bakal berdepan kompaun serta pendakwaan di mahkamah, sekiranya didapati tidak memiliki kebenaran atau permit berbuat demikian.

Tindakan itu diambil bagi memastikan kenderaan yang mempunyai permit sahaja menaiki laluan berkenaan bagi mengelak berlakunya kemalangan serta kesesakan lalu lintas di atas Bukit Bendera.

Pengerusi Jawatankua­sa Infrastruk­tur dan Pengangkut­an negeri, Zairil Khir Johari, berkata bagi menangani kemasukan kenderaan tanpa permit, Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) melaksanak­an kawalan secara fizikal dengan pemasangan palang automatik serta pondok kawalan trafik dengan sistem pemantauan kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, PBBPP akan memberi kad akses kepada pemilik kenderaan yang terdiri daripada penduduk, peniaga, kontraktor, pembekal, agensi kerajaan serta mereka yang mempunyai permit bagi naik ke laluan itu.

“Antara usaha lain bagi memastikan kelancaran trafik di laluan dan sekitar kawasan atas Bukit Bendera ialah dengan diletakkan papan tanda notis peringatan had laju di sepanjang laluan berkenaan.

“Selain itu penyediaan kawasan tempat letak kereta dan motosikal, mengehadka­n kawasan yang boleh dimasuki, pengubahsu­aian segi tiga ke bulatan pemasangan ‘bollard’ ke kawasan tumpuan utama serta penetapan waktu bagi meletak dan memunggah barang,” katanya pada sidang media Pelaksanaa­n Peraturan-peraturan Perbadanan Bukit Bendera (Kawalan Lalulintas 2022), di

Taman Botani, di sini semalam.

Zairil berkata, PBBPP juga bercadang bagi mewujudkan Seksyen Pengurusan Trafik Bukit Bendera dalam membuat pemantau peraturan supaya tiada pihak yang menyalahgu­nakan permit serta melanggar peraturan.

Maklumat borang permohonan permit masuk boleh dimuat di laman sesawang https://corporate. penanghill.gov.my/index.php/ms/ permohonan-permit-masuk-jalan-lip atau boleh didapati di Pejabat PBBPP semasa waktu pejabat.

Sementara itu, Pengurus Besar PBBPP, Datuk Cheok Lay Leng, berkata setakat ini sebanyak 10 kes kemalangan membabitka­n kenderaan tanpa permit yang melalui laluan itu.

 ?? (Foto Zuhainy Zulkiffli/bh) ?? Zairil Khir (dua dari kanan) berbual mengenai kawalan lalu lintas di laluan jip pada sidang media Pelaksanaa­n Peraturan-peraturan Perbadanan Bukit Bendera (Kawalan Lalulintas 2022) di Taman Botani.
(Foto Zuhainy Zulkiffli/bh) Zairil Khir (dua dari kanan) berbual mengenai kawalan lalu lintas di laluan jip pada sidang media Pelaksanaa­n Peraturan-peraturan Perbadanan Bukit Bendera (Kawalan Lalulintas 2022) di Taman Botani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia