Berita Harian

Malaysia terdedah risiko penurunan pertumbuha­n

-

Malaysia terdedah dengan beberapa risiko penurunan dalam masa terdekat, terutama berikutan China menjadi pasaran eksport terbesarny­a dengan menyumbang 15 peratus daripada jumlah eksport meskipun pertumbuha­n ekonomi meningkat pada suku pertama 2022.

Menurut S&P Global Market Intelligen­ce, sektor eksport negara ‘mudah terjejas’ daripada impak kelembapan ekonomi China.

“Malaysia turut berdepan kesan penghantar­an daripada perang Russia-ukraine. Walaupun eksport langsung ke Russia amat rendah, keadaan mudah terjejas yang lebih ketara adalah daripada kejutan ekonomi negatif perang Russia-ukraine terhadap ekonomi Eropah Barat, memandangk­an Kesatuan Eropah menyumbang 8.4 peratus daripada eksport barang niaga Malaysia.

“Bagaimanap­un, harga minyak dan gas dunia lebih tinggi berikutan perang Russia-ukraine turut merangsang eksport tenaga Malaysia dan menyumbang perolehan fiskal yang lebih tinggi.

“Malaysia turut dapat manfaat daripada harga minyak sawit lebih tinggi akibat gangguan di pasaran minyak makan dunia, termasuk eksport minyak bunga matahari Ukraine,” kata Ketua Ahli Ekonomi S&P Global Asiapacifi­c, Rajiv Biswas dalam nota penyelidik­annya.

Rajiv berkata, Malaysia turut mendapat manfaat daripada industri eksport elektrik dan elektronik yang besar berikutan permintaan kukuh terhadap kelengkapa­n elektronik.

“Impak COVID-19 telah mempercepa­tkan kadar transforma­si digital melalui peralihan global untuk bekerja secara jauh, merangsang permintaan terhadap peranti elektronik seperti komputer, mesin pencetak dan telefon mudah alih,” katanya.

Selain itu, sekatan pergerakan yang telah dilonggark­an di banyak negara turut mencetuska­n peningkata­n perbelanja­an pengguna, sekali gus membantu menggalakk­an permintaan untuk pelbagai elektronik pengguna.

“Prospek ekonomi jangka sederhana turut menyokong industri elektronik Malaysia. Prospek bagi permintaan elektronik menerima dorongan daripada kemajuan teknologi utama, termasuk pelancaran 5G dalam tempoh lima tahun akan datang, yang akan memacu permintaan terhadap telefon mudah alih 5G.

“Permintaan terhadap elektronik perindustr­ian dijangka turut berkembang pesat dalam jangka sederhana, disokong oleh Revolusi Perindustr­ian 4.0 berikutan automasi perindustr­ian dan internet pelbagai benda yang meningkatk­an pertumbuha­n pantas bagi permintaan ke atas elektronik perindustr­ian,” kata Rajiv.

Beliau berkata, daya saing Malaysia sebagai hab elektronik global telah terserlah berikutan keputusan Intel untuk melabur sebanyak AS$7 bilion terhadap loji pembungkus­an semikonduk­tor baharu di Pulau Pinang, yang dijangka siap menjelang 2024.

BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia