Berita Harian

RM21.5J sebulan jika Mbappe kekal di PSG

-

Paris: Paris Saint-germain (PSG) dilaporkan terdesak mahu mengekalka­n Kylian Mbappe di Parc des Princes dengan menawarkan­nya jawatan penting dalam kelab itu. Kontrak pemain Perancis itu tamat akhir musim ini dan semakin hampir menyertai Real Madrid secara percuma.

Namun enam minggu sebelum pemain itu menjadi ejen bebas, gergasi Ligue 1 berkenaan menawarkan posisi yang membolehka­n Mbappe membuat keputusan berkenaan perpindaha­n keluar masuk pemain serta jurulatih.

Selain tawaran gaji yang akan menjadikan­nya pemain termahal dalam sejarah bola sepak dengan bayaran 4 juta pound (RM21.5 juta) sebulan dua kali ganda gajinya sebelum ini - Mbappe juga akan menerima gaji sebagai pengarah projek baharu kelab itu musim depan.

Dia juga bakal menerima bonus 100 juta pound (RM539 juta) sekiranya dia menandatan­gani kontrak baharu bersama PSG.

Presiden PSG, Nasser Al-khelaifi, berkata keputusan memberikan kuasa kepada Mbappe untuk mengawal operasi sukan kelab itu akan membolehka­nnya menentukan masa depan pengendali Mauricio Pochettino serta rakan sepasukan.

“Saya tidak boleh bercakap mengenai masa depan saya,

Kylian Mbappe

itetapi anda akan mengetahui­nya pada masa terdekat. Belum masanya untuk saya dedahkan tetapi keputusan saya hampir selesai,” kata Mbappe.

Mbappe membantu PSG merampas semula gelaran liga, meledak 25 gol dan 17 umpanan gol untuk mendahului senarai dua kategori itu. Sepanjang musim ini dia meledak 36 gol dan 26 umpanan gol.

Dia turut dinobatkan sebagai pemain terbaik Ligue 1 untuk tiga musim berturut-turut.

AGENSI

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia