Berita Harian

Penumpang LRT terjejas boleh tuntut kupon perjalanan

-

Angkup brek hidraulik bocor punca insiden tren terkandas dua jam

Petaling Jaya: Penumpang perkhidmat­an Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang terjejas dengan insiden tren terkandas selama dua jam petang kelmarin, boleh mendapatka­n kupon perjalanan sehala yang perlu ditebus dalam masa lima hari bermula semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Amir Hamdan, berkata pengguna yang belum menuntut kupon berkenaan boleh hadir ke mana-mana kaunter LRT Rapid KL bagi mendapatka­nnya.

“Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang mengalami kelewatan dan kesulitan untuk menuju destinasi masing-masing,” katanya pada sidang media di Kompleks Rapid Rail Subang, di sini, semalam.

Kira-kira 22,100 penumpang perkhidmat­an LRT terbabit dalam kejadian tren terkandas itu berikutan kebocoran angkup (caliper) brek hidraulik.

Amir berkata, keadaan itu menyebabka­n angkup brek tidak berfungsi ketika tren sedang beroperasi menjadikan tren tidak selamat untuk meneruskan perjalanan.

“Oleh itu, sebagai langkah keselamata­n, pihak operasi memutuskan

Ketua Jabatan Kejurutera­an LRT Laluan Kelana Jaya, Leman Zakaria (tengah) memberi penerangan berkenaan sistem brek berikutan insiden tren terkandas di Kompleks Rapid Rail Subang, Petaling Jaya, semalam.

untuk mengeluark­an tren tersebut daripada perkhidmat­an dengan memandu secara manual dari stesen LRT Pasar Seni ke trek poket berhampira­n stesen LRT Universiti.

“Bagaimanap­un, ketika melepasi stesen KL Sentral, sistem brek mengalami kegagalan akibat kebocoran bendalir hidraulik yang menyebabka­n tren diberhenti­kan kerana ia tidak lagi selamat untuk dipandu secara manual,” katanya.

Amir berkata, proses penggantia­n dan baik pulih sistem brek sedang dijalankan secara progresif bermula Oktober 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada 30 November ini.

“Sehingga hari ini (semalam), projek itu sudah siap lebih 39 peratus daripada keseluruha­n armada tren.

“Kami sentiasa berusaha sedaya upaya dengan segala kepakaran yang ada bagi memastikan perkhidmat­an rel kendalian kami berfungsi dengan lancar pada setiap masa tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Beliau berkata, kejadian itu adalah insiden kedua yang berlaku dalam tempoh dua minggu bagi perkhidmat­an itu di laluan Kelana Jaya. BERNAMA

Amir Hamdan

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia