Berita Harian

Detik penentuan

-

Pep Guardiola

Liga Perdana Inggeris

Jurgen Klopp

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola berkata memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) lebih sukar daripada menjulang trofi Liga Juara-juara Eropah.

City semakin hampir untuk menjulang gelaran liga keempat mereka dalam lima musim, dengan kemenangan di laman sendiri menentang Aston Villa pada perlawanan terakhir musim akan mengesahka­n kejuaraan mereka tanpa mengira keputusan Liverpool yang bertemu Wolves.

Liverpool yang sudah memenangi Piala Liga dan Piala FA, hanya berpeluang menentukan satu lagi kejuaraan musim ini apabila bertemu Real Madrid pada final Liga Juara-juara di Paris.

The Reds sudah merangkul gelaran tertinggi Eropah itu sebanyak enam kali, kejuaraan belum pernah dikecap City sehingga kini, walaupun dibimbing pakar Eropah, Guardiola sejak 2016.

Guardiola yang pernah membimbing Barcelona menjuarai dua gelaran Liga Juara-juara berkata memenangi EPL lebih sukar daripada memenangi kejohanan kelab tertinggi Eropah itu.

“Bagi saya ia lebih sukar. Banyak minggu dan perlawanan perlu diharungi, bergelut dengan kecederaan, saat indah dan buruk dengan situasi berbeza, lawan yang sukar. Ia menyeronok­kan kerana ia berjalan setiap hari. Apabila anda bersaing untuk EPL dan mendapat kejayaan di akhirnya, ia lebih menyeronok­kan.

“Ia lebih indah apabila anda menang. Ia tidak seperti Piala FA atau perlawanan tunggal, ia adalah rutin. Saya tidak katakan Liga Juara-juara tidak penting, tetapi untuk menang 38 perlawanan berbanding enam, lapan atau sembilan perlawanan, ia berbeza,” kata Guardiola.

Sementara itu, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, berkata dia sudah melupakan impian untuk menjulang trofi EPL menerusi pengakhira­n dramatik musim ini yang mampu dibantu bekas kapten pasukan, Steven Gerrard.

Klopp sempat berjenaka yang dia masih mahu melihat Gerrard beraksi di atas padang, tetapi pengendali itu tidak meletakkan sebarang harapan untuk mendapat pertolonga­n daripada legenda Liverpool itu.

“Saya hanya boleh memahami situasi seperti ini dengan hanya memikirkan jika saya berada dalam kedudukan itu. Jika saya mampu bermain satu perlawanan dan membantu Dortmund atau Mainz, bagi saya ia satu suntikan semangat, tetap saya tidak bermain,” kata Klopp. AFP

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia