Berita Harian

Rakyat perlu jati diri usaha martabat bahasa ibunda

- Oleh Rohaniza Idris, Zanariah Abd Mutalib, Latifah Arifin dan Mahani Ishak bhnews@bh.com.my

Penggunaan dalam urusan rasmi tidak kekang kemajuan negara

Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia perlu mempunyai jati diri dalam memartabat­kan bahasa Melayu dan membuktika­n bahasa ibunda tidak mengekang kemajuan negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sambil mengingatk­an bahawa penggunaan bahasa Melayu perlu dilaksanak­an di semua jabatan dan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta di Malaysia, Perdana Menteri berkata, banyak negara sudah mencapai status maju walaupun mendaulatk­an bahasa sendiri.

Beliau mengingatk­an, arahan sudah dikeluarka­n kepada perkhidmat­an awam dan pihak berkaitan lain supaya semua urusan dengan pihak di luar negara, termasuk surat menyurat mesti menggunaka­n bahasa Melayu.

“Setiap surat yang saya sendiri hantar kepada pemimpin dunia menggunaka­n bahasa Melayu dengan terjemahan bahasa Inggeris sebagai lampiran. Saya juga sudah memulakan rundingan dua hala dengan menggunaka­n bahasa Melayu dan tidak ada cacat celanya rundingan itu menggunaka­n bahasa Melayu.

“Persidanga­n juga menggunaka­n bahasa Melayu. Ketika Sidang Kemuncak Khas Asean-amerika Syarikat (AS) bersama Presiden AS (Joe Biden), saya menggunaka­n bahasa Melayu. Mesej yang saya sampaikan jelas diterima presiden walaupun saya berbahasa Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Simposium

Pengantara bangsa a n Bahasa Melayu sebagai Bahasa ASEAN dan Antarabang­sa: Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Abad Ke-21 di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini semalam.

Simposium berlangsun­g sehingga Selasa ini adalah usaha penting mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua ASEAN dan penggunaan dalam urusan kerajaan di luar negara, selain memberi sokongan ilmiah kepada gagasan dibawa Perdana Menteri untuk memartabat­kannya.

Ia dianjurkan Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama DBP serta Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merangkumi tiga sesi ucaptama, 15 sesi kertas kerja mengupas 15 subtema simposium dan dua forum membabitka­n hampir 70 sarjana tempatan, ASEAN dan antarabang­sa.

Ismail Sabri meminta Keluarga Malaysia, terutama penjawat awam memberi komitmen kepada u saham e martabat dan mengantara bangsa kan bahasa Melayu yang sudah menjadi dasar kerajaan dan antara bidang keutamaan kerangka Dasar Luar Negeri Malaysia yang dilancarka­n 7 Disember 2021, iaitu diplomasi kebudayaan.

Perdana Menteri berkata, tidak ada sebab mengapa rakyat Malaysia tidak yakin untuk menggunaka­n bahasa Melayu kerana rakyat banyak negara lain seperti Perancis, Jerman dan Jepun menggunaka­n bahasa ibunda mereka dan terbukti boleh maju berbanding negara lain.

“Saya harap kita semua jangan malu menggunaka­n bahasa Melayu dan bahasa ini tidak boleh dimartabat­kan jika kita sendiri tidak yakin,” katanya.

Beliau juga berharap skop kerjasama antara negara-negara ASEAN, termasuk dalam aspek penyelidik­an, penerbitan dan pemupukan dapat dirancang dengan lebih rapi supaya bahasa Melayu kembali dijadikan ‘lingua franca’.

“Bahasa Melayu memiliki keunikan dan kelebihan tersendiri, khususnya dalam kalangan negara ASEAN dan ia diyakini boleh dijadikan salah satu bahasa rasmi ASEAN,” katanya.

Ismail Sabri berkata, di peringkat ASEAN, penyatuan sistem ejaan Rumi dan peristilah­an sudah tercapai melalui forum kerjasama seperti Majlis Bahasa Brunei Darussalam-indonesia-malaysia (MABBIM) dan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA).

 ?? (Foto Aizuddin Saad/bh) ?? Ismail Sabri merasmikan Simposium Pengantara­bangsaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ASEAN dan Antarabang­sa: Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Abad Ke-21 di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Aizuddin Saad/bh) Ismail Sabri merasmikan Simposium Pengantara­bangsaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ASEAN dan Antarabang­sa: Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Abad Ke-21 di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia