Berita Harian

Penggunaan bahasa Melayu di kementeria­n 76 peratus

-

Kuala Lumpur: Kira-kira 76 peratus kementeria­n serta agensi kerajaan kini menggunaka­n bahasa Melayu sepenuhnya dalam urusan rasmi, kata Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

Beliau berkata, dapatan itu berdasarka­n hasil kaji selidik Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA), bermakna hanya sebahagian kecil sektor perkhidmat­an awam belum berbuat demikian, terutama agensi dan bahagian yang terbabit secara langsung dengan hal ehwal antarabang­sa.

“Misalnya, Kementeria­n Luar serta Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI),” katanya ketika menyampaik­an pembentang­an pada Simposium Pengantara bangsa a n Bahasa Melayu sebagai Bahasa ASEAN dan Antarabang­sa: Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Abad Ke-21, di sini semalam.

Katanya, dalam konteks nasional, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyatakan komitmen menggunaka­n bahasa Melayu secara rasmi untuk berucap pada persidanga­n antarabang­sa, termasuk Sidang Kemuncak ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada hujung tahun ini.

Mohd Shafiq berkata, JPA mengalu-alukan komitmen dan hasrat Perdana Menteri untuk menjulang bahasa Melayu ke peringkat antarabang­sa, manakala Wisma

Putra juga mula menghantar surat rasmi ke negara luar dengan menggunaka­n bahasa Melayu berserta terjemahan­nya.

“Usaha berani Perdana Menteri tepat pada masanya dengan usia kemerdekaa­n Malaysia yang sudah menjangkau 65 tahun. Pengukuhan kedudukan bahasa Melayu ini turut menyokong aspirasi Keluarga Malaysia yang menjadi agenda induk kerajaan,” katanya.

Beliau menjelaska­n, penggunaan bahasa Melayu dalam perkhidmat­an awam sudah dikuatkuas­akan melalui surat-menyurat, dokumen perjanjian, urusan mesyuarat dan penganjura­n majlis rasmi melalui beberapa fasa perubahan sejak Malaysia mencapai kemerdekaa­n pada 31 Ogos 1957.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia