Berita Harian

5 syor martabat bahasa

-

Larang dokumen rasmi diterjemah ke bahasa lain antara cadangan

Kuala Lumpur: Bahasa Melayu dapat diperkukuh­kan jika dokumen rasmi tidak lagi dibenar diterjemah­kan ke dalam bahasa lain.

Itu antara lima syor dikemukaka­n Penyandang Kursi Institusi Raja-raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UITM), Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz bagi membuktika­n kesungguha­n kerajaan memartabat­kan bahasa Melayu.

“Kerajaan juga perlu mengkaji semula penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan dalam institusi pendidikan. Penggunaan bahasa Melayu itu perlu diterapkan di tadika, sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi kecuali sesetengah kursus yang perlu diperinci.

“Seterusnya, kerajaan perlu serius membuat terjemahan Perlembaga­an Persekutua­n ke dalam bahasa Melayu, perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh,” katanya ketika membentang­kan kertas kerja bertajuk ‘Bahasa Melayu dan Pengukuhan Melalui Undang-undang’, semalam.

Syor keempat, memperting­katkan penggunaan bahasa Melayu atau menjadikan­nya bahasa rasmi dalam prosiding mahkamah dan hakim wajib menulis penghakima­n dalam bahasa itu dan kelima, memperting­kat penggunaan bahasa Melayu dalam prosiding Parlimen dan tulisan jawi dalam urusan rasmi institusi Islam.

Shamrahayu berkata, walaupun penggunaan bahasa Melayu penting, kerangka perundanga­n negara tidak melupakan kepentinga­n bahasa lain, sama ada bahasa ibunda komuniti utama negara atau bahasa Inggeris kerana kepentinga­n identiti komuniti warga Malaysia tetap dijamin Perlembaga­an.

Beliau menegaskan, penguasaan bahasa Melayu yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia adalah perkara penting kerana ia sudah diangkat sebagai bahasa rasmi negara sejak lebih 60 tahun, sekali gus memerlukan rakyat perlu memikul tanggungja­wab memartabat­kannya.

Katanya, bahasa Melayu sudah dimasyhurk­an dalam Perlembaga­an Persekutua­n sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Malaysia dan ia diperjelas­kan lagi dengan peruntukan undang-undang berkaitan seperti Akta Pendidikan, Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.

“Bagaimanap­un, kedudukan bahasa Melayu ada kala dilihat belum mencapai tahap paling baik. Ada undang-undang masih lagi membenarka­n penggunaan bahasa lain dalam urusan negara, bahkan Perlembaga­an Persekutua­n dalam bahasa Inggeris masih lagi menjadi rujukan utama,” katanya.

Pada sidang sama, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad pula menegaskan, kedudukan bahasa Melayu terletak pada kekuatan dan kemahuan politik Melayu di samping parti politik etnik itu perlu bergabung membentuk kerajaan pro-bahasa Melayu kukuh.

“Pengukuhan bahasa Melayu melalui undang-undang hanya boleh dilakukan dalam negara dan dalam lingkungan yang ditetapkan Perlembaga­an Persekutua­n. Apa yang dibuat terletak pada kekuatan politik kerajaan pro-bahasa Melayu dan kemahuan politik pemimpinny­a.

“Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah di Sabah dan Sarawak perlu dipertingk­atkan. Selain itu, calon hakim seharusnya boleh menulis alasan penghakima­n dalam bahasa Melayu dengan baik,” katanya namun berpendapa­t penggunaan bahasa itu tidak begitu realistik di Mahkamah Tinggi, Rayuan dan Persekutua­n.

Beliau juga berharap pengukuhan bahasa Melayu tidak melemahkan penguasaan bahasa Inggeris kalangan graduan Melayu kerana graduan lemah bahasa antarabang­sa itu tidak dapat bersaing dengan graduan bukan Melayu untuk merebut pekerjaan.

“Kita juga memerlukan pemimpin politik Melayu, hakim, pegawai, ahli korporat dan ahli akademik yang mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang baik. Pada peringkat antarabang­sa, perdana menteri, menteri, hakim, pegawai tinggi dan ahli akademik perlu menguasai bahasa Inggeris yang baik,” katanya.

Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik (ITKAS), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, berkata pindaan ke atas Akta DBP perlu dilaksanak­an untuk meletakkan kedudukann­ya sebagai pihak berkuasa bahasa Melayu utama selepas Yang di-pertuan Agong.

Shamrahayu Ab Aziz

Tun Abdul Hamid Mohamad

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia