Berita Harian

Bahan pengajaran, kamus rujukan perlu diperluas

-

Kuala Lumpur: Hampir tidak ada buku akademik, bahan pengajaran dan kamus rujukan dalam bahasa Melayu untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajar­an di Korea Selatan.

Ia antara faktor membantutk­an perkembang­an penyebaran bahasa Melayu di negara itu, sekaligus menyekat usaha pengantara bangsa a n nya pada peringkat global.

Pensyarah Kanan, Akademi Bahasa, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Kang Myoung Sook ketika mendedahka­n realiti di institusi pendidikan tinggi di Korea Selatan yang menyediaka­n program bahasa Melayu, berkata isu itu wajar diberi perhatian, khususnya Kerajaan Malaysia.

“Kerajaan Malaysia mesti menyokong, termasuk dengan cara memberi buku atau bahan pengajaran untuk digunakan di peringkat institusi pengajian tinggi antarabang­sa. Contoh, Indonesia ambil langkah besar apabila kamus Korea-indonesia yang disusun pada 1995 dinaik taraf dan diterbitka­n semula pada 2016.

“Namun, tidak ada kamus seperti itu untuk pengajaran bahasa Melayu di Korea, sedangkan ia amat diperlukan,” katanya ketika membentang­kan kertas kerja ‘Bahasa Melayu dalam Pendidikan Tinggi di Korea Selatan: Kajian kes di Hankuk University of Foreign Studies’.

Menggesa Kerajaan Malaysia lebih proaktif mengembang dan mempromosi bahasa Melayu sebagai bahasa antarabang­sa, katanya, bahan pengajaran dalam bahasa itu perlu diperluas kerana ia antara perkara kritikal bagi memastikan pelajar asing menguasai bahasa dan perbendaha­raan kata secara menyeluruh.

Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu, Dr Mohamad Zain Musa ketika membentang­kan perkembang­an bahasa Melayu di Kemboja, berkata hasrat Malaysia mengantara bangsa kan bahasa Melayu pada peringkat ASEAN perlu disusuli langkah pemantapan khususnya dalam sekpendidi­tor kan.

 ?? ??
 ?? ?? Kang Myoung Sook
Kang Myoung Sook

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia