Berita Harian

Syor wujud zon kekal pengeluara­n ayam

- Oleh Saadiah Ismail, Ekhwan Haque Fazlul Haque bhnews@bh.com.my

Langkah tangani isu kekurangan bekalan jangka panjang

Kuala Lumpur: Kerajaan digesa mempertimb­angkan cadangan mewujudkan zon kekal pengeluara­n ayam bagi menstabilk­an harga dan menjamin bekalan.

Gesaan itu dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai jalan penyelesai­an jangka panjang bagi menangani masalah bekalan, selain menjimatka­n dan boleh mengekalka­n persaingan dalam pengeluara­n ayam untuk rakyat.

“Ketika ini rakyat berdepan kesukaran mendapatka­n bekalan ayam dengan golongan peniaga paling terbeban.

“Paling dikhuatiri kekurangan bekalan ayam akan menyebabka­n harga ikan terus meningkat apabila permintaan­nya pula bertambah,” katanya dalam hantaran di Facebookny­a, semalam.

Ahmad Zahid turut menyokong saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menguasai industri penternaka­n ayam untuk mengatasi isu bekalan itu.

BH sebelum ini melaporkan kekurangan bekalan ayam dalam pasaran bermula sejak Oktober tahun lalu, dan bertambah buruk sejak Aidilfitri lalu.

Purata keperluan ayam di Malaysia adalah 2.09 juta ayam sehari atau 62.9 juta ayam sebulan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, isu bekalan ayam sudah diketahui sejak pandemik COVID-19, tetapi belum ada mekanisme yang efisien untuk menyelesai­kan masalah itu.

“Implikasi permasalah­an bekalan ayam tentu tidak begitu teruk jika kementeria­n berkaitan bersama penternak mencapai

titik persefaham­an sebelum ini.

“Akibatnya ada dakwaan beberapa syarikat penternak ayam bertindak menghentik­an operasi ladang mereka yang dikatakan bagi memboikot tindakan lambat kerajaan membayar subsidi harga ayam 60 sen,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) turut berpendapa­t sudah tiba masanya kerajaan memiliki ladang ayam yang diuruskan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau agensi yang mempunyai kepakaran dalam bidang penternaka­n.

Timbalan Presidenny­a, Mohd Yusof Abdul Rahman percaya stok bekalan ayam terputus di pasaran disebabkan bahan mentah itu dikawal kartel.

Katanya, mereka (kartel) boleh berbuat apa sahaja, termasuk mengehadka­n bekalan ayam jika mahu memanipula­si harganya.

“Sudah tiba masa untuk kerajaan meneliti rancangan memiliki ladang ayam sendiri sebagai alternatif kepada syarikat swasta.

“Ia membabitka­n isu sekuriti makanan untuk rakyat kerana bila-bila masa sahaja bekalan boleh dihad atau diputuskan walaupun untuk tempoh beberapa hari.

“Jangan biar terus ditekan dengan permainan pihak tertentu yang seakan mengugut kerajaan dengan mengehadka­n bekalan dengan pelbagai alasan,” katanya.

Paling dikhuatiri kekurangan bekalan ayam akan menyebabka­n harga ikan terus meningkat apabila permintaan­nya pula bertambah Ahmad Zahid Hamidi,

Presiden UMNO

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia