Berita Harian

Sanggup bayar mahal demi dapatkan bekalan ayam

- Oleh Zaid Salim, Omar Ahmad, Asrol Awang, Roselan Ab Malek, Siti Aminah Mohd Yusof dan Ercy Gracella Ajos bhnews@bh.com.my

Harga cecah RM15 sekilogram, pengguna lain berdepan masalah terpaksa cari alternatif lain

Kuala Lumpur: Ketiadaan bekalan ayam di pasaran menyebabka­n segelintir pengguna khususnya pengusaha kedai makan sanggup membayar harga tinggi sehingga mencecah RM15 sekilogram bagi mendapatka­n bekalan makanan itu.

Walaupun ada yang sanggup mengeluark­an kos tinggi untuk mendapatka­n bekalan ayam segar, senario itu sedikit sebanyak mengundang masalah kepada pengguna lain sehingga terpaksa memilih ayam tua atau ayam pencen sebagai alternatif, selain ada beralih kepada ayam kampung yang harganya lebih tinggi.

Tinjauan di Pasar Chow Kit di Jalan Raja Bot, di sini semalam mendapati permintaan tinggi terhadap ayam segar ketika stok berkuranga­n, menyebabka­n harga bahan mentah itu melambung sehingga RM13 sekilogram.

Peniaga ayam, Hasan Mohamed, 45, mengakui terpaksa menjual ayam segar pada harga RM13 sekilogram memandangk­an kekurangan stok mempengaru­hi peningkata­n harga melebihi paras siling ditetapkan kerajaan.

Hasan yang sudah 20 tahun berniaga di pasar berkenaan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan wajar mengatasi isu bekalan ayam ini bagi mengelak pembekal dan peniaga menjadi sasaran dipersalah­kan pengguna apabila harga barangan itu meningkat.

Di Terengganu, tinjauan di Pasar Chabang Tiga mendapati sebahagian gerai menjual ayam ditutup berikutan kehabisan stok, dengan peniaga, Zul Fakrul Amin Abdul Manan, 35, mengakui kesukaran mendapatka­n ayam segar menyebabka­n pengguna sanggup membayar harga tinggi.

“Bekalan daripada pembekal pula hanya dihantar separuh daripada tempahan, saya tidak tahu bagaimana kalau esok masih tidak ada bekalan,” katanya.

Suri rumah dari Kampung Pulau Musang, Hasmah Yusuf, 36, mengakui sanggup membayar harga tinggi untuk mendapatka­n bekalan ayam yang sememangny­a menjadi menu wajib tiga anaknya.

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan menyegerak­an proses penilaian pemberian subsidi ayam melalui Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) kepada penternak yang mengemukak­an permohonan.

MAFI melalui kenyataan berkata, penternak yang memenuhi syarat dan mendapat kelulusan pembayaran akan memperoleh tuntutan dalam tempoh dijanjikan dan pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan libat urus bersama semua pihak industri yang terbabit secara langsung dalam rantaian pengeluara­n bekalan ayam bagi memastikan kelangsung­an pengeluara­n bekalan.

“MAFI memandang serius isu yang mengancam sekuriti makanan negara dan sentiasa berusaha dengan pihak berkepenti­ngan dalam

“Saya sanggup bayar harga tinggi, janji boleh dapat ayam, namun peniaga tetap tidak mahu jual kerana stok ayam yang ada semuanya untuk tempahan,” katanya.

Di Johor, krisis bekalan ayam dijangka terus meruncing sehingga minggu depan dengan tinjauan di Pasar Awam Larkin mendapati bekalan ayam diperoleh terlalu sedikit, manakala beberapa kedai menjual ayam tidak beroperasi.

Peniaga ayam segar, Syafie Yahya, 45, berkata dia hanya memperoleh kira-kira 200 ayam sahaja sejak isu bekalan ayam melanda dan ia hanya 30 hingga 40 peratus berbanding 500 ayam diterima sehari sebelum ini. menstabilk­an kembali bekalan.

“Ini bagi menjamin bekalan ayam mencukupi untuk keperluan negara sepanjang masa,” katanya.

Sebelum ini terdapat laporan akhbar berhubung isu ‘kartel’ ayam yang bertindak memberhent­ikan operasi ladang, namun pemeriksaa­n dilakukan JPV terhadap pihak syarikat ladang ayam terbabit mendapati laporan itu kurang tepat.

MAFI menjelaska­n, pihak syarikat ladang ayam terbabit memberikan jaminan bahawa ladang mereka akan terus membekalka­n ayam untuk keperluan pasaran tempatan, khususnya ayam diproses sama ada dalam bentuk ayam bulat, ayam ‘super’, ayam ‘standard’ serta keratan ayam.

Peniaga ayam

“Bekalan diterima akan menurun setiap hari kerana ayam memang tiada. Hari ini (semalam) ayam yang datang dari pembekal pun bersaiz kecil antara 900 gram (g) hingga 800g, saiz seperti burung puyuh,” katanya.

Perkara sama dialami peniaga, Azman Marjusan, 57, yang hanya menerima 80 ayam sahaja, sedangkan sudah menempah 450 ayam daripada tiga pembekal.

Di Kuantan, ayam tua atau ayam ‘pencen’ yang dijual peniaga sebagai alternatif sejak beberapa hari lalu, tidak begitu mendapat sambutan pengguna.

Peniaga, Muhammad Amirul Assifa Zam, 23, berkata dia biasanya menempah 200 hingga 300 ayam segar untuk dijual setiap hari, namun sejak dua minggu lalu bekalan semakin berkuranga­n dan ada ketikanya langsung tidak mendapat bekalan.

Di Pulau Pinang, Tinjauan di Pasar Awam Bayan Baru mendapati orang ramai sanggup keluar seawal jam 7 pagi dan sabar beratur menunggu giliran untuk mendapatka­n ayam segar.

Peniaga, Mohd Fauzi Aris, 55, berkata sejak beberapa hari lalu dia menerima sekitar 200 hingga 300 ekor ayam iaitu kurang separuh daripada tempahan biasa dan ayam yang diterima pula bersaiz agak kecil.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia