Berita Harian

Pendaratan ikan kurang sehingga 70 peratus sejak 2 bulan

-

Alor Setar: Pendaratan ikan, terutama di utara Semenanjun­g berkuranga­n sehingga 70 peratus iaitu daripada lebih sejuta tan kepada kira-kira 300,000 tan sebulan, berikutan keadaan cuaca tidak menentu sejak dua bulan lalu.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Abdul Hamid Bahari berkata, kekurangan bekalan itu menyebabka­n harga ikan di pasaran turut meningkat.

“Kekurangan bekalan ikan terutama di sebelah utara amat ketara berbanding tempoh sama tahun lalu, tangkapan nelayan pantai sangat berkuranga­n, termasuk tangkapan nelayan bot C.

“Kita dapati cuaca sekarang tak menentu, kadang-kadang air pasang datang tidak diduga dan begitu tinggi sehingga ada nelayan pantai yang keluar hanya dapat lima hingga 10 kilogram (kg) ikan sahaja, berbanding kelaziman 300kg.

“Keadaan ini seperti tak balik modal (untuk menampung kos) petrol mereka dan menyebabka­n mereka rugi,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah di sini, semalam.

Abdul Hamid berkata, ramai nelayan mengeluh susulan pendapatan mereka turut merosot disebabkan hasil yang berkuranga­n itu.

Katanya, harga ikan seperti ikan kembung bersaiz kecil kini dijual RM12 hingga RM14 sekilogram, berbanding antara RM3 hingga RM4 sebelum ini.

Dalam pada itu, Abd Salim berkata, faktor kekurangan awak-awak warga asing akibat pandemik COVID-19 turut menyebabka­n tangkapan ikan bot besar berkuranga­n.

“Kita sarankan pengguna beli ikan sejuk beku atau Q Fish di pasaran dan kita yakin, bekalan ikan akan semakin pulih tidak lama lagi.

“Harga sekarang naik disebabkan bekalan kurang tetapi permintaan tinggi .... apabila bekalan ikan pulih, harga akan kembali normal seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad semalam mengagihka­n ikan segar kepada orang ramai melalui program kemasyarak­atan di Tasek Gelugor.

Menerusi program itu, Dzulkifli yang juga Penasihat Kelab Anakanak Pulau Pinang mengambil inisiatif mengagihka­n 1.2 tan ikan kembung kepada lebih 1,000 penduduk sekitar kawasan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia