Berita Harian

Pusat lulus peruntukan pembanguna­n RM132.4J

-

Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2022

Kepala Batas: Kerajaan meluluskan peruntukan pembanguna­n RM132.4 juta kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), bagi menambah baik kesiapsiag­aan dan kebajikan anggota.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dana itu meliputi perolehan jentera bomba, kenderaan utiliti, kenderaan forensik kebakaran, kelengkapa­n perlindung­an diri (PPE) serta sistem perisian pemantauan kebombaan, bertujuan memperting­kat keberkesan­an jabatan dalam menangani kes kecemasan.

“Saya juga difahamkan terdapat 18 buah projek pembinaan balai bomba dan apabila siap nanti, ia akan memberi impak besar kepada penguranga­n tempoh masa bertindak, sekali gus dapat meningkatk­an keyakinan Keluarga Malaysia terhadap kesiapsiag­aan JBPM.

“Kerajaan juga telah meluluskan projek fizikal fasiliti kebombaan yang kini dalam proses pelaksanaa­n, iaitu Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Pangkalan Operasi Utama Subang, Selangor serta Kuarters dan Balai Bomba Goh Tong Jaya, Genting, Pahang. Saya yakin, ketiga-tiga projek ini mampu merencana impak yang optimum dalam aspek

Ismail Sabri pada Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2022 di Kepala Batas, semalam.

pentadbira­n, pengoperas­ian dan kebajikan anggota,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2022 di sini, semalam.

Ismail Sabri berkata, kerajaan akan memastikan perkhidmat­an kebombaan dan penyelamat­an terus relevan dengan keperluan rakyat, sejajar peningkata­n risiko semasa.

Katanya, mengambil kira faktor pemerkasaa­n dan pemodenan aset kebombaan, kerajaan dalam proses pertimbang­an meluluskan permohonan pemanjanga­n bayaran Elaun

Kemahiran Khas kepada pegawai yang bertugas sebagai jurulatih dan tenaga pengajar di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Walaupun pada peringkat awal kita menerima permohonan dengan kadar RM300 bagi dua insentif untuk jurulatih dan tenaga pengajar, saya berpandang­an kadar itu tidak sesuai dan saya telah mengarah Jabatan Perkhidmat­an Awam untuk menambah jumlah elaunelaun jurulatih dan tenaga pengajar,” katanya.

Ismail Sabri berkata, ini membabitka­n Bayaran Insentif HAZMAT melibatkan kadar bayaran RM30 bagi setiap operasi dengan maksimum RM600 sebulan serta Bayaran Insentif Penyelamat di Air dengan bayaran RM30 bagi setiap operasi dan maksimum RM600 sebulan.

Selain itu, katanya, kadar elaun turut ditambah untuk Bayaran Insentif Rawatan Kecemasan dengan kadar secara pro rata maksimum RM150 sebulan danbayaran Elaun Tanggungja­wab Khas Pemandu melibatkan kadar bayaran secara pro rata maksimum RM150 sebulan.

 ?? (Foto Danial Saad/bh) ??
(Foto Danial Saad/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia