Berita Harian

Kesan dapat dilihat dalam dua hingga 3 minggu lagi

- Oleh Saadiah Ismail dan Nazdy Harun

Tindakan diambil kerajaan bagi tangani masalah bekalan ayam bhnews@bh.com.my

Kuala Berang: Kesan daripada tindakan pemansuhan permit import (AP) untuk bahan makanan oleh kerajaan yang berkuat kuasa Rabu lalu, dijangka dapat dilihat dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata tindakan itu sebahagian daripada pelbagai kaedah diambil kerajaan bagi mengatasi masalah berkaitan bekalan ayam, yang antara lain untuk mengelak berlakunya manipulasi dalam pasaran.

Justeru, beliau berkata, kerajaan membuka peluang kepada semua lapisan yang berminat dalam bidang ternakan ayam ini keputusan pemansuhan AP dibuat.

Bagaimanap­un, katanya, calon berminat menyertai industri berkenaan perlulah memenuhi syarat ditetapkan, termasuk mempunyai modal, selain tenaga kerja terlatih yang mendapat kursus untuk penyembeli­han.

“Kita (KPDNHEP) dan Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menjalin kerjasama erat dalam memastikan bekalan ayam mencukupi bagi keperluan pengguna.

“Kita tidak menolak kekurangan bekalan mungkin berlaku, namun pemantauan ketat secara berterusan sedang dilakukan,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Raya Perikatan Nasional (PN) Peringkat Hulu Terengganu di Dewan Majlis

Daerah Hulu Terengganu, di sini, semalam.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumka­n kerajaan bersetuju memansuhka­n keperluan AP terhadap bahan makanan berkuat kuasa serta-merta dan keputusan dibuat pada mesyuarat Kabinet dipengerus­ikannya itu bertujuan memastikan bekalan makanan negara mencukupi.

Mengulas kononnya penternak melakukan mogok sebagai antara punca berlaku krisis bekalan ayam kini, Rosol berkata, isu itu tidak timbul walaupun tuntutan untuk mendapatka­n subsidi oleh penternak tidak menjadi kenyataan.

Berhubung tindakan peniaga yang mengenakan upah pemotongan ayam, beliau menasihati mereka supaya kadar harga diletakkan munasabah dan perlu mendapat persetujua­n pembeli sebelum kerja memotong ayam dilakukan.

Dalam pada itu, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mencadangk­an kerajaan memansuhka­n AP bukan saja ke atas bekalan makanan, tetapi membabitka­n semua perkara yang berkepenti­ngan kepada rakyat.

Presidenny­a, Prof Datuk Dr N Marimuthu berkata, dalam suasana kos kelangsung­an hidup tinggi, kerajaan harus faham dan tindakan segera perlu dilaksanak­an, bukan lagi tarik tali dengan rakyat.

Keratan akhbar BH, 19 Mei lalu.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia