Berita Harian

Lapan cabang PKR undi semula secara fizikal

-

Kuala Lumpur: Lapan cabang PKR di empat negeri akan mengadakan pengundian semula secara fizikal susulan masalah teknikal dan salah faham dalam proses pemilihan parti itu yang bermula 13 Mei lalu.

Ia membabitka­n lima cabang di Kelantan, iaitu Bachok, Gua Musang, Tumpat, Pengkalan Chepa dan Ketereh, masing-masing satu di Terengganu (Dungun), Selangor (Hulu Selangor) dan Kedah (Padang Serai), manakala pengundian secara dalam talian pada 18 hingga 20 Mei lalu tidak terbabit.

Difahamkan, Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) PKR masih belum menetapkan tarikh pengundian semula secara fizikal di lapan cabang itu, namun proses itu dijangka diadakan semula secara serentak pada hari sama jika membabitka­n kurang daripada 20 cabang.

BH juga difahamkan, masalah teknikal itu membabitka­n aplikasi ADIL yang digunakan PKR dalam proses pengundian secara dalam talian, dilaporkan berlaku di Kelantan dan Terengganu pada hari pertama pemilihan peringkat cabang 13 Mei lalu.

Menurut sumber PKR, pengundian semula cabang Padang Serai berikutan rasa tidak puas hati dalam kalangan calon bertanding, manakala pengundian di Hulu Selangor ditangguhk­an selepas kemudahan berkaitan termasuk logistik tidak disediakan di pusat pengundian.

Semua negeri selesai melaksanak­an pengundian secara fizikal dengan Sabah dan Sarawak negeri terakhir melaksanak­an pemilihan semalam. Pengundian secara fizikal dibuka 13 Mei lalu dan berakhir semalam, manakala pengundian dalam talian pada Rabu hingga Jumaat lalu.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak, Dr Lee Boon Chye, berkata sebanyak 24 cabang di negeri itu mengadakan pengundian secara fizikal semalam dengan satu cabang, Kampar ditukarkan tempat pengundian dalam proses yang rata-ratanya berjalan lancar.

Facebook Pemilihan Keadilan 2022 melaporkan suasana pengundian di Cabang Padang Rengas, Parit Buntar, Sungai Siput dan Taiping mendapat sambutan yang baik dan turut berjalan lancar walaupun berlaku sedikit kekecohan yang berjaya diselesaik­an dalam tempoh singkat dan kembali tenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia