Berita Harian

‘Undi dalam talian ada masalah teknikal’

- Christina Liew

Kota Kinabalu: Sistem pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 di tempat mengundi seluruh Sabah mengalami masalah teknikal sehingga mencetuska­n kekecohan selama tiga jam.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang juga calon Ketua Cabang Kota Kinabalu, Datuk Christina Liew, berkata beliau berasa terkejut apabila mendapati namanya sebagai calon tidak tersenarai dalam sistem pengundian dalam talian.

Beliau hanya mengetahui perkara terbabit apabila ramai pengundiny­a telah mengadu namanya tidak keluar dalam sistem ketika mereka ingin mengundi selepas dua jam pertama undi dibuka.

“Disebabkan itu, saya terus mengadu pada petugas di kaunter. Nama saya hanya muncul selepas jam 11 pagi tetapi ketika itu ramai pengundi saya sudah pulang,” katanya kepada media di pusat mengundi di Golden Hotel, di sini, semalam.

Beliau kecewa kerana ramai pengundiny­a yang datang awal pagi terutamany­a dari luar daerah ke sini untuk mengundiny­a tetapi gagal berbuat demikian.

“Ada daripada kalangan mereka yang datang dari jauh dengan menaiki bas dan bot ke

Kota Kinabalu semata-mata untuk membuang undi. Saya benar-benar terkejut dengan kejadian itu dan ia tidak sepatutnya berlaku. Apa pun masalah seperti masalah teknikal dan sebagainya, saya tidak tahu (secara mendalam) mengenai. Saya cuma ambil berat terhadap pengundi,” katanya.

Di Slim River, Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang yang juga calon Naib Presiden

PKR menang tanpa bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Tanjung Malim pada pemilihan parti peringkat negeri ini, semalam.

Bekas Naib Ketua Cabang PKR Tanjung Malim, Malek Farok Zainal Abidin yang bertanding jawatan Timbalan Ketua Cabang kali ini turut menang tanpa bertanding begitu juga Cheong Xue Mei bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggantik­an Muhamad Alif Asyraf Abd Rahim yang dipilih ke jawatan Pengerusi Tetap AMK. Timbalan Ketua AMK, Huzaifah Hisamudin dan Naib Ketua, D Kristina.

Ketua Wanita cabang itu diterajui muka baharu, Mairoszali­fah Ismail dan Timbalanny­a, Rozitah Yah Yer serta Naib Ketua,

Hanisah Harun yang juga menang tanpa bertanding.

Di Ipoh, proses pengundian secara fizikal PKR Cabang Tambun di sini semalam berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Tinjauan di Dewan AD Catering & Canopy di sini mendapati proses pemilihan berlangsun­g tenang bagi kedua-dua khemah pihak calon Ketua Cabang, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad dan Mustapa Mansor.

Muhamad Arafat berkata, pada awalnya ada sedikit salah faham berhubung peraturan ditetapkan Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) untuk pembukaan khemah sejauh 200 meter dari lokasi pemilihan, namun keadaan kembali terkawal.

Beliau berkata, PKR Cabang Tambun mempunyai 7,000 keahlian dengan 4,000 yang layak mendaftar mengundi.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia