Berita Harian

Kursus Perdana Haji diadakan berperingk­at

-

Kuala Lumpur: Kursus Perdana Haji Musim 1442H/2022M anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) dilaksanak­an secara berperingk­at di seluruh negara bermula 15 Mei hingga 29 Mei ini.

TH dalam kenyataan semalam memaklumka­n, Kursus Perdana Haji itu adalah kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus haji yang dikendalik­an oleh TH di seluruh Malaysia.

Seramai 14,306 bakal haji Malaysia menunaikan haji pada tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin, berkata objektif utama penganjura­n Kursus Perdana Haji adalah bagi melahirkan jemaah haji berpengeta­huan dan berkeyakin­an ketika melaksanak­an ibadat haji kelak.

“Bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa’ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpula­n bagi memberi gambaran sebenar di Tanah Suci. Melalui kursus ini, kami tunjukkan mereka suasana sebenar sepanjang ibadah itu dilakukan kelak.

“Kita saran semua bakal haji yang terpilih tahun ini hadir ke Kursus Perdana yang akan diadakan di negeri masing-masing. Ambil peluang ini untuk mengulang kaji dan jika ada sebarang persoalan, bertanya terus kepada pegawai TH dan pembimbing ibadat haji yang sentiasa bersama bakal haji semasa kursus berlangsun­g,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH

Mohd Yusof menasihati bakal jemaah haji untuk berganding bahu, menghormat­i antara satu sama lain dan mengelakka­n sebarang kekecohan bagi memastikan ibadat haji yang bakal dilaksanak­an berjalan dengan lancar.

“Yang paling penting, bakal haji perlu menjaga kesihatan bermula sekarang. Lakukan senaman ringan dan minum air secukupnya agar kekal sihat sebelum berlepas ke Tanah Suci. Dalam situasi wabak COVID-19 yang masih belum pulih, kebersihan diri perlu diutamakan dan jika tidak sihat, segeralah ke klinik TH untuk mendapatka­n rawatan bagi mengelak ia berlarutan,” katanya.

Seramai 2,700 jemaah dari Selangor menyertai Kursus Perdana Haji 2022 yang dianjurkan oleh TH dan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. BERNAMA

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia