Berita Harian

Pelalian cacar diperkenal semula jika perlu

-

Putrajaya: Pelalian terhadap cacar boleh diperkenal­kan semula jika perlu berdasarka­n penilaian semasa, bagi mencegah penularan cacar monyet di negara ini.

Saintis virologi di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Muhammad Amir Yunus, berkata langkah berjaga-jaga itu boleh diambil, namun kaedah kesihatan awam masih dapat dan amat efektif dalam menangani penularan cacar monyet.

Beliau menjelaska­n, ia berikutan cacar monyet tidak begitu senang menular berbanding virus pernafasan lain.

“Kita tidak mungkin dapat menyediaka­n vaksin untuk semua jenis virus atau penyakit. Maka, perlu ada keutamaan terhadap jenis virus atau penyakit yang berbahaya dan biasanya memberi kesan besar.

“Ini terpulang kepada penilaian pihak berwajib dengan mengambil kira pandangan pakar,” katanya kepada BH.

Dr Muhammad Amir berkata, cacar monyet adalah sejenis penyakit jarang ditemui dan secara tipikal berlaku di rantau Afrika sebelum ini, walaupun kini mula menjangkau ke benua Amerika dan Eropah.

Beliau memaklumka­n setahunya, belum ada vaksin khusus mengawal cacar monyet berbanding wabak daripada keluarga sama, iaitu cacar (smallpox).

Bagaimanap­un, katanya, penularan boleh dikawal menggunaka­n vaksin sama untuk cacar.

“Namun, keberkesan­annya berkemungk­inan lebih rendah, ada yang menyatakan antara 80 hingga 85 peratus. Ketika ini, ada beberapa ubat antivirus untuk merawat cacar monyet dan poxvirus lain,” katanya.

Menyifatka­n ia sebagai agak aneh apabila penyakit cacar monyet yang mula dikenal pasti dalam kalangan manusia pada 1970 itu kini berada di luar benua Afrika, Dr Muhammad Amir berkata, faktor yang amat ketara menyumbang kepada penularann­ya ialah pergerakan manusia secara global.

Katanya, peningkata­n bilangan pengembara kini, terutama dari negara yang sedang dilanda wabak, secara langsung menyebabka­n jangkitan penyakit turut mudah merebak.

Selain itu, beliau berkata, trend memiliki haiwan peliharaan eksotik seperti monyet juga berkemungk­inan menyumbang kepada kejadian wabak itu menular ke luar benua Afrika.

“Bagi kes poxvirus ini, mod penularan yang penting ialah sentuhan secara langsung dengan pembawa atau pesakit atau haiwan terbabit.

“Justeru, jika boleh diadaptasi­kan untuk mewajibkan penduduk dan rakyat negara ini mengambil vaksin jangkitan sedemikian sebelum memulakan perjalanan ke negara berisiko, adalah sangat baik,” katanya.

“Ia bagi melindungi rakyat kita. Selain itu, jika tidak ada keperluan untuk ke negara berkenaan, sebaik-baiknya elak perjalanan ke kawasan terbabit,” katanya.

“Ditanya sama ada kesan gejala cacar monyet seperti keradangan nodus limfa dan benjolan boleh menjadi kekal, Dr Muhammad Amir menjelaska­n ia seperti jangkitan campak, cuma saiznya secara tipikal lebih besar.

Beliau berkata, ia akan kering dan pulih, namun tidak menolak kemungkina­n ada parut yang mengambil masa untuk hilang.

Jangka lebih banyak kes cacar monyet di seluruh dunia -

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia