Berita Harian

Tindakan tegas sewa lesen, premis niaga kepada pihak ketiga

- Oleh Abnor Hamizam Abd Manap bhnews@bh.com.my

Kementeria­n Wilayah Persekutua­n terus tingkatkan penguatkua­saan

Jelebu: Kementeria­n Wilayah Persekutua­n tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu yang menyewakan lesen perniagaan atau premis berkenaan kepada pihak ketiga, khususnya warga asing di sekitar ibu negara, Putrajaya dan Labuan.

Timbalan Menterinya, Datuk

Seri Jalaluddin Alias, berkata tindakan tegas akan diambil dari semasa ke semasa, meliputi ke atas warga asing yang menjalanka­n perniagaan secara haram.

Beliau berkata, hanya peniaga tempatan berlesen dibenarkan berniaga, termasuk di premis disediakan ketiga-tiga Wilayah Persekutua­n berkenaan.

Justeru, katanya, pihak berkaitan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah dan akan terus menjalanka­n penguatkua­saan terhadap mana-mana peniaga, selain daripada warga tempatan.

“Saya ingin mengingatk­an mereka bahawa tindakan sewajarnya lambat-laun akan sampai juga kerana pihak penguat kuasa giat mengadakan operasi.

“Tindakan tegas akan turut diambil terhadap individu yang menyewakan lesen atau premis perniagaan kepada pihak ketiga,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Jelebu di Kompleks UMNO Jelebu, malam kelmarin.

Yang turut hadir, Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Pengerusi RISDA, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim serta Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid.

Mengenai pihak menyewakan premis perniagaan kepada warga asing, Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu menegaskan, penguatkua­saan bagi selesaikan masalah itu terus diadakan dari semasa ke semasa bukan sahaja di Kuala Lumpur, tetapi juga Putrajaya dan Labuan.

Penularan penyakit tangan, kaki dan mulut

 ?? (Foto Abnor Hamizam Abd Manap/bh) ?? Syed Hussian (kiri) berbual dengan Jalaluddin ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Jelebu di Kompleks UMNO Jelebu, malam kelmarin.
(Foto Abnor Hamizam Abd Manap/bh) Syed Hussian (kiri) berbual dengan Jalaluddin ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Jelebu di Kompleks UMNO Jelebu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia