Berita Harian

JPJ tak pernah kompromi isu kuat kuasa peraturan

-

Kuala Terengganu: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) tidak pernah berkomprom­i dalam isu penguatkua­saan undang-undang lalu lintas, malah sentiasa bekerjasam­a dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memastikan semua pihak mematuhi peraturan ditetapkan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, berkata penguatkua­saan undang-undang di Malaysia berada pada tahap terbaik dan pematuhan undangunda­ng juga terletak pada kesedaran pengguna sendiri.

“Pandangan menyatakan kita berlembut adalah tidak tepat, sebaliknya kita dengan polis mengambil tindakan tegas dalam hal berkaitan keselamata­n jalan raya membabitka­n pemandu, selain menggunaka­n pendekatan mendidik.

“Sebagai contoh, pendekatan JPJ adalah melalui Skuad Muda JPJ dengan mendekati golongan remaja yang menunggang secara berbahaya.

“Sebab itu kalau kita buat sekatan jalan raya, kita tarik ke tepi penunggang motosikal ini yang menjadi penyumbang utama kes kemalangan di Malaysia iaitu 64 peratus,” katanya pada Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat JPJ Terengganu di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan Malaysia antara 10 negara di dunia paling berbahaya untuk memandu. Berdasarka­n data dikeluarka­n firma pendidikan pemanduan antarabang­sa, Zutobi, negara ini berada di kedudukan kelapan dengan skor keselamata­n direkodkan hanya 5.63 daripada 10.

Susulan itu, Pakar Psikologi Trafik dan Keselamata­n Jalan Raya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Rozmi Ismail, dipetik berkata pihak berkuasa lalu lintas di Malaysia mungkin terlalu berlembut dalam menguatkua­sakan undang-undang dan terlalu mengambil kira aspek kemanusiaa­n seperti memberi diskaun kepada saman kesalahan yang dikeluarka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia