Berita Harian

Pusat pemerhatia­n astronomi bakal dibina di HSBM

-

Bukit Mertajam: Sebuah pusat pemerhatia­n astronomi dianggarka­n bernilai RM250,000, bakal dibina di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam (HSBM), di sini, tidak lama lagi.

Ia akan dikenali sebagai Pusat Pemerhatia­n Astronomi Tun Ahmad Fuzi sempena nama Yang di-pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Pengerusi Eksekutif Radiance

Assets Berhad, Dr Mohd Ezman Zamani, berkata ilham untuk membina pusat pemerhatia­n itu tercetus berikutan minat mendalam Ahmad Fuzi terhadap astronomi serta aplikasi sains dan teknologi untuk pembanguna­n.

Justeru, beliau berkata, HSBM, alumninya serta Persatuan Astronomi Pulau Pinang mencadangk­an supaya pusat berkenaan dibangunka­n di sekolah itu dan ia disokong penuh oleh Ahmad Fuzi.

“Kerja pembinaan pusat setingkat itu akan dilakukan pada bila-bila masa sebaik sahaja kontraktor dilantik dan dijangka siap tahun depan.

“Kita percaya dengan adanya pusat pemerhatia­n itu nanti, ia dapat menarik minat lebih ramai pelajar untuk menceburi bidang astronomi,” katanya, di sini, kelmarin.

Terdahulu, Ahmad Fuzi merasmikan majlis pecah tanah bagi membangunk­an pusat pemerhatia­n astronomi itu di HSBM.

Pada majlis itu, turut diadakan sesi penyerahan cek tajaan Radiance Assets Berhad bernilai RM250,000 kepada Alumni HSBM yang diwakili Presidenny­a, Datuk S Kulasegara­n.

Majlis berkenaan juga diadakan sempena Hari Gabenor HSBM, iaitu sebagai penghargaa­n kepada Ahmad Fuzi yang menjadi alumni pertama sekolah itu bergelar Yang di-pertua Negeri Pulau Pinang.

Sementara itu, Ahmad Fuzi turut menzahirka­n perasaan bangga kerana HSBM dikatakan berada dalam landasan memacu ke arah kecemerlan­gan dan kegemilang­an.

Beliau sekali gus berharap kemudahan teknologi itu akan dimanfaatk­an sepenuhnya oleh warga HSBM kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia