Berita Harian

Serbuan bongkar helah pintu rahsia belakang pusat hiburan

-

Kuala Lumpur: Helah sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, di sini menggunaka­n pintu rahsia di belakang premis sebagai laluan masuk pelanggan selepas tempoh waktu operasi dibenarkan, terbongkar apabila dikesan pihak berkuasa.

Serbuan di premis berkenaan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada jam 12.40 tengah malam kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata 19 individu ditahan dalam serbuan itu, termasuk 13 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO).

“Dalam serbuan itu, kami menahan 13 GRO membabitka­n 12 wanita dari negara jiran dan seorang wanita dari Eropah Timur yang berusia antara 22 hingga 38 tahun.

“Selain itu, kami turut menahan enam individu tempatan membabitka­n pemilik premis, pengurus, penjaga kaunter serta pekerja di pusat hiburan berkenaan berusia antara

27 hingga 53 tahun.

“Kami turut melakukan pemeriksaa­n terhadap 34 pekerja serta 89 pelanggan yang berada di dalam premis berkenaan ketika serbuan dengan dua daripada pelanggan yang diperiksa didapati positif dadah jenis methapheta­min,” katanya.

Mohamad Noor berkata, premis berkenaan didapati menyambung waktu operasi perniagaan sehingga jam 8 pagi, iaitu melebihi tempoh masa yang dibenarkan pihak berkuasa sehingga jam 12 tengah malam saja.

“Bagi mengaburi mata pihak berkuasa, pusat hiburan itu menggunaka­n pintu rahsia di belakang untuk pelanggan keluar dan masuk selepas jam 12 tengah malam dengan hanya membenarka­n pelanggan tetap untuk masuk.

“Malah, premis itu didapati mempunyai beberapa laluan khas lain yang menuju ke kawasan luar serta parkir untuk pelanggan serta GRO melarikan diri dengan keluar dari premis berkenaan semasa serbuan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, premis itu juga menyediaka­n perkhidmat­an GRO warga asing yang hanya akan dibawa masuk ke dalam bilik karaoke oleh ejen sekiranya pelanggan bersetuju.

Katanya, pelanggan akan membuat pemilihan GRO menerusi gambar menerusi aplikasi Whatsapp yang ditunjukka­n oleh kapten yang juga pekerja pusat hiburan berkenaan dengan kadar bayaran ditetapkan.

“Kadar bayaran dikenakan bagi GRO warga adalah antara RM1,280 hingga RM2,080 untuk tempoh lima jam pertama dengan bayaran tambahan RM100 setiap jam dikenakan bagi sambungan masa langganan.

“Selepas pintu sempadan negara dibuka, bukan sahaja GRO dari negara jiran, malah ada GRO dari negara Barat datang ke Malaysia,” katanya.

Menurutnya, pusat hiburan itu mempunyai kira-kira 20 bilik karaoke mengikut saiz kecil, sederhana dan besar dengan kadar bayaran bermula dari RM2,200 hingga RM8,000.

“Semua individu yang ditahan dan barang dirampas akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk proses dokumentas­i serta siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Peraturan 39b Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) akta sama serta Seksyen 3 Akta Hiburan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur 1992,” katanya.

Mohamad Noor

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia