Berita Harian

Safiyya dijangka hanya ada 6 bulan

- Oleh Zuhainy Zulkiffli

Keluarga usaha penuhi hasrat pesakit kanser otot tahap akhir bhnews@bh.com.my

Georgetown: Usianya baru saja menginjak enam tahun, namun sudah diuji dengan penyakit kanser otot atau ‘rhabdomyos­arcoma’ sejak tiga tahun lalu.

Lebih menyedihka­n apabila doktor pakar mengesahka­n bahawa kanser yang dihidapi Safiyya Aisyah Shahrul Asyraf sudah berada di tahap akhir dan tempoh hayatnya dijangka enam bulan sahaja lagi.

Ibunya, Syamimi Athirah Sanusi, 30, berkata anak tunggalnya disahkan mengidap penyakit berkenaan selepas paha kanan mempunyai benjolan sebesar bola golf serta kerap demam.

“Safiyya Aisyah sudah menjalani dua pembedahan bagi merawat penyakitny­a. Sepatutnya perlu jalani rawatan ketiga dengan segera, namun menurut doktor pakar, peluang anak saya sembuh amat tipis iaitu hanya 20 peratus walaupun selepas rawatan memandangk­an dos ubat yang akan diberikan juga tinggi.

“Menurut doktor pakar lagi, daripada 10 pesakit yang menjalani rawatan itu, hanya dua kes berjaya dengan peluang hidup tipis menyebabka­n kami mengambil keputusan tidak meneruskan rawatan berkenaan,” katanya

Safiyya Aisyah bersama ibu dan bapanya ketika ditemui di program sambutan hari jadi anjuran Dimash Fan Club Khazakhsta­n dengan kerjasama FOCCAN di Mc Donalds Birch House, Jalan Datuk Keramat, semalam.

yang tinggal di Jalan Kampung Parit Hussain, Padang Serai, Perak.

Syamimi Athirah berkata, dia dan suami, Shahrul Asyraf Shaharuddi­n, 33, tetap berusaha menggembir­akan kanak-kanak berkenaan yang gemar melukis dan aktif di rumah serta disenangi guru di sekolah kerana kepetahan bercakap.

“Minggu lalu, Safiyya Aisyah menyuaraka­n hasrat mahu bermain salji bersama keluarga dan kami akan sedaya upaya memenuhi impiannya itu sebelum dia pejamkan mata buat selamalama­nya.

“Ibu bapa mana yang tidak sedih tambahan pula Safiyya Aisyah satu-satunya anak kami, namun saya dan suami tidak mahu menunjukka­n kesedihan itu di hadapannya,” katanya lagi.

Mereka ditemui dalam program sambutan hari jadi anjuran Dimash Fan Club Malaysia dengan kerjasama Persatuan Sahabat Kanak Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN) di Mcdonalds Birch House, Jalan Datuk Keramat, di sini kelmarin.

Sambutan itu disertai seramai 30 kanak-kanak pejuang kanser bersama ibu bapa masing-masing dan turut dihadiri Presiden FOCCAN, Maznah Tayib serta Wakil Kedutaab Kazakhstan di Malaysia, Bexultan Abdizhalil.

Sementara itu, Maznah berkata, pihaknya bercadang membawa Saffiya Aisyah ke taman tema i-city Shah Alam, Selangor dalam masa terdekat bagi memenuhi hasrat si cilik itu bermain salji, namun bergantung kepada tahap kesihatann­ya.

 ?? (Foto Zuhainy Zulkiffli/bh) ??
(Foto Zuhainy Zulkiffli/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia