Berita Harian

DEV buka ruang pasaran pekerjaan

Pelajar Politeknik Merlimau bukukan pengalaman 10 tahun

- Oleh Rozer Masudin

Majlis diserikan dengan persembaha­n Noraniza Idris.

Mohamad Kelana (tengah) melancarka­n Buku Dasawarsa DEV sambil disaksikan Zaharizuan Azhar di Hotel Mudzaffar, Ayer Keroh.

bhpendidik­an@bh.com.my

Merlimau: Jika sebelum ini politeknik lebih sinonim dengan kursus berkaitan kejurutera­an dan industri namun Politeknik Merlimau di sini, antara institusi yang memandang jauh ke hadapan apabila menawarkan Diploma Pengurusan Acara (DEV) sejak 10 tahun lalu.

Sepanjang tempoh itu, banyak suka duka dilalui institusi berkenaan yang mendorong Jabatan Pelanconga­n dan Hospitalit­i mengimbas kembali sejarah DEV menerusi pelancaran naskhah buku mewah, Dasawarsa DEV yang diadakan di Hotel Mudzaffar, di sini.

Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Merlimau, Mohamad Kelana Juwit, berkata DEV adalah program yang diletakkan di bawah Jabatan Pelanconga­n dan Hospitalit­i.

“DEV adalah antara program pengajian unik yang ditawarkan Politeknik Merlimau. Jurusan ini sebenarnya membawa kelebihan kepada institusi kami selain memberi pilihan yang lebih luas kepada pasaran.

“DEV mula ditawarkan di Politeknik Merlimau sejak 2011 dengan 18 orang pelajar. Namun jumlah itu bertambah setiap kali pengambila­n. Ia menandakan bidang ini relevan dengan perkembang­an semasa dan mendapat perhatian pasaran,” katanya.

Tegas Mohamad Kelana, penerbitan naskhah Dasawarsa DEV itu dilakukan sepenuhnya pelajar semester lima jurusan itu. Ia adalah sebahagian projek mereka sebelum menjalani latihan industri dalam masa terdekat. (Foto ihsan Politeknik Merlimau)

Pengarah program dalam kalangan pelajar memulakan majlis dengan berkonsepk­an kesultanan Melayu Melaka.

Majlis itu turut menghimpun­kan hampir 100 orang alumni DEV yang turut diserikan dengan beberapa hadiah penghargaa­n kepada pelajar antaranya Anugerah Projek Terbaik, Pengarah Projek Terbaik dan Anugerah Program Khidmat Masyarakat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pelanconga­n dan Hospitalit­i, Zaharizuan Azhar, berkata kemampuan DEV untuk terus bertahan di Politeknik Merlimau membolehka­n ramai bakat industri dilahirkan.

Ia secara tidak langsung berupaya meluaskan pasaran pengurusan acara dan membolehka­n pengurus acara menjadi kerjaya yang diminati.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia