Berita Harian

Adam Zaqwan jadi kebanggaan SK Seri Pagi

- Oleh Mohd Amin Jalil

bhpendidik­an@bh.com.my

Seremban: Pembabitan dalam aktiviti kokurikulu­m sehingga berjaya mengharumk­an nama sekolah, membolehka­n Adam Zaqwan Ahmad Hairil Asmeir dinobatkan selaku Murid Terbilang Sukan 2021, Sekolah Kebangsaan Seri Pagi (SKSP) Senawang, Negeri Sembilan.

Murid Tahun Lima SKSP itu begitu berbakat dalam pelbagai aktiviti kokurikulu­m bukan sahaja dalam sukan bola sepak malah sukan yang lain termasuk gimnastik dan olahraga.

“Minat dalam aktiviti sukan bermula sejak kecil kerana mendapat dorongan daripada ibu bapa dan rakan-rakan. Saya juga sering mengikuti perkembang­an sukan khususnya bola sepak tempatan melalui televisyen dan pelbagai medium media lain.

“Dari situ minat terus bercambah dan di sekolah saya tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sukan apabila ditawarkan guru.

“Saya akan berusaha gigih memberikan persembaha­n terbaik dan memastikan kejayaan dicapai dalam setiap penyertaan dalam sukan kerana ingin menaikkan nama sekolah,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Anak sulung daripada tiga beradik ini berkata, hasil daripada pembabitan­nya itu, dia dapat mengharumk­an nama SKSP dalam kejohanan sukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Sembilan (MSSNNS).

Tambah Adam Zaqwan, dia mula mewakili sekolah dalam pelbagai jenis sukan ketika berada di Tahun Empat namun ketika itu prestasiny­a tidak begitu menyerlah. Bagaimanap­un hasil

Adam Zaqwan (kiri) bersama rakan lain yang tuiut menerima sijil pemenang daripada pihak sekolah.

usaha gigih dan minat yang mendalam, pencapaian­nya semakin baik pada tahun ini.

“Saya mewakili sekolah dalam sukan bola sepak pada pertanding­an daerah dan negeri. Selain berlatih di bawah bimbingan guru sukan, saya juga menyertai kelab bola sepak akar umbi (grassroot) bagi memahir dan memantapka­n lagi permainan.

“Menerusi latihan yang intensif itu, saya dapat menunjukka­n skil permainan yang lebih baik pada setiap pertanding­an sekali (Foto Mohd Amin Jalil/bh)

gus dapat membantu kepada kejayaan pasukan sekolah,” katanya.

Adam Zaqwan yang bercitacit­a menjadi seorang pensyarah, berharap dia dapat mewakili negara dalam sukan bola sepak suatu hari nanti.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia