Berita Harian

Ringgit dijangka kembali kukuh hujung tahun

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Lebihan akaun semasa, kenaikan harga minyak dunia sokong mata wang mahanum_aziz@bh.com.my

Lebihan akaun semasa, kenaikan harga minyak dunia dan prospek ekonomi yang bertambah baik mampu memberi sokongan kepada ringgit untuk mengukuh dalam tempoh akan datang, demikian kata penganalis­is.

Ahli Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, berkata berdasarka­n unjuran yang dibuat pemerhati pasaran, nilai ringgit dijangka mampu mengukuh ke paras RM4.25 hingga RM4.28 pada penghujung tahun ini.

Beliau berkata, walaupun lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), nilai ringgit sebenarnya mengukuh berbanding mata wang utama lain seperti yen, euro dan pound sepanjang tahun ini.

Katanya, pengukuhan dolar AS didorong oleh jangkaan pelabur bahawa bank pusat AS atau Rizab Persekutua­n AS (Fed AS) akan terus mengetatka­n dasar monetariny­a secara agresif bagi mengekang tekanan inflasi yang sangat tinggi.

Justeru, jelasnya, perubahan itu turut menyebabka­n dolar AS terus mengukuh berbanding mata wang utama yang lain.

“Jika dibandingk­an prestasi tukaran ringgit dengan mata wang utama yang lain sepanjang tahun ini, nilai ringgit sebenarnya mengukuh berbanding yen, euro dan pound.

“Ini sedikit sebanyak disokong asas ekonomi negara yang bertambah baik selari dengan pembukaan ekonomi negara. Namun, buat masa ini, kelemahan nilai ringgit dan juga mata wang lain lebih dipengaruh­i oleh peralihan sentimen di pasaran dan pergerakan yang berlaku dalam pasaran kewangan,” katanya kepada BH bagi mengulas mengenai prestasi ringgit.

Abdul Mui’zz berkata, jika dilihat dari sudut ekonomi, lebihan akaun semasa, kenaikan harga minyak dunia dan prospek ekonomi yang bertambah baik mampu memberi sokongan kepada ringgit

Ahli Ekonomi MIDF Research untuk mengukuh dalam tempoh akan datang.

Namun, beliau berkata, buat masa ini, pihaknya menjangkak­an ringgit akan terus kekal lemah dan didagangka­n sekitar RM4.40 berbanding dolar AS dalam masa terdekat kerana tumpuan di pasaran masih menjurus kepada keputusan yang bakal dibuat Fed AS.

Pada Jumaat lalu, ringgit menyaksika­n urus niaga lebih positif berbanding dolar AS apabila ditutup mengukuh pada Jumaat susulan peningkata­n sentimen pelabur selepas China bertindak menurunkan kadar faedah utama bagi merangsang ekonominya.

Pada penutup mingguan, ringgit berada di paras 4.3870/3910 berbanding dolar AS daripada 4.4030/4060 pada akhir urus niaga Khamis.

Sementara itu, langkah Bank Negara Malaysia (BNM) yang mula menaikkan penanda aras pinjaman Kadar Dasar Semalaman (OPR) dilihat berpotensi mengurangk­an peningkata­n ketara kadar inflasi atau harga barangan, di samping mengukuhka­n semula nilai ringgit berbanding dolar AS.

TA Securities dalam nota penyelidik­annya baru-baru ini berkata, kenaikan OPR dijangka akan mendorong aliran masuk modal asing ke Malaysia selepas pasaran bon negara mencatat kemasukan bersih asing RM4.5 bilion dan pelabur asing ekuiti tempatan menjadi pembeli bersih RM3.4 bilion pada Januari 2018.

“Kami juga percaya kenaikan OPR akan menghalang kelemahan berterusan nilai ringgit yang kini didagangka­n melebihi RM4.38 berbanding dolar.

“Kami juga menjangkak­an ringgit akan mengukuh, sekurang-kurangnya dalam tempoh terdekat seperti mana yang pernah disaksikan pada Januari 2018 apabila ringgit meningkat 3.7 peratus bulan ke bulan kepada RM3.899 daripada RM4.047 pada bulan sebelumnya,” katanya.

TA Securities, berkata langkah menaikkan penanda aras pinjaman itu tidak akan melemahkan prospek pertumbuha­n ekonomi masa hadapan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia