Berita Harian

Sektor sawit negara kekal berdaya saing

-

Sektor sawit negara kekal berdaya saing meskipun Indonesia mengumumka­n pembatalan larangan eksport komoditi itu yang mana ada kemungkina­n harga minyak sawit mentah (MSM) akan terkesan.

Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (KPPK) berkata, pihaknya menjangkak­an tidak akan ada penurunan harga yang mendadak memandangk­an pasaran menjangkak­an bahawa larangan eksport ini hanya bersifat sementara.

“KPPK ingin mengingatk­an semua pengusaha kelapa sawit Malaysia, termasuk firma perladanga­n dan pekebun kecil, supaya tenang dan tidak terlalu bimbang dengan perkembang­an terkini,” katanya.

Kementeria­n itu berkata, penganalis­is pasaran turut menjangkak­an pengusaha minyak sawit Malaysia bakal meraih faedah terbesar dalam jangka panjang kerana mereka mampu menjual MSM pada harga tinggi, sekali gus meningkatk­an margin keuntungan bagi pertengaha­n kedua 2022, ditambah dengan pengeluara­n yang lebih tinggi tahun ke tahun dan suku ke suku.

“Walaupun penarikan larangan eksport memberi kelegaan besar kepada penanam Indonesia, mereka sudah terlepas tempoh harga MSM yang tinggi (Februariap­ril 2022) apabila harga minyak sawit Indonesia didagangka­n pada diskaun lebih besar berbanding Malaysia, akibat dasar kawalan eksport yang dilaksanak­an lewat Januari 2022,” katanya.

Pada masa sama, katanya, dasar sedia ada Indonesia dalam eksport minyak sawit mampu memberi manfaat kepada Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia.

Katanya, langkah negara jiran itu membolehka­n Malaysia muncul sebagai pembekal dominan ke India, yang menjadi pembeli utama minyak makan dunia.

Beliau berkata, cukai eksport Malaysia yang lebih rendah dan larangan eksport Indonesia mungkin menyebabka­n sumbangan eksport minyak sawit Indonesia ke India jatuh kepada 35 peratus pada tahun pemasaran semasa yang berakhir 31 Oktober ini daripada lebih 75 peratus sedekad lalu.

Katanya, dalam lima bulan pertama tahun pemasaran 2021 dan 2022, India membeli 1.47 juta tan minyak sawit Malaysia berbanding 982,123 tan tan dari Indonesia.

“Bagi Mei tahun ini, India dianggarka­n mengimport sekitar 570,000 tan minyak sawit, dengan 290,000 tan dari Malaysia dan 240,000 tan dari Indonesia.

“KPPK percaya bahawa harga minyak sawit mentah (MSM) akan kekal pada paras tinggi, memandangk­an ketidakten­tuan pengeluara­n minyak bijian utama seperti kacang soya, jagung, biji serai dan biji bunga matahari sama ada disebabkan oleh ketegangan geopolitik atau cuaca yang tidak menentu,” katanya dalam satu kenyataan.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia