Berita Harian

Farm Fresh rancang kilang ais krim di Lembah Klang

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin Farm Fresh

Langkah syarikat dalam perkasa operasi, pelbagaika­n perniagaan zaky@bh.com.my

Bhd bercadang membina kilang ais krim pertamanya di Lembah Klang, dalam usaha memperkasa­kan operasi dan mempelbaga­ikan perniagaan­nya.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Farm Fresh, Mohd

Khairul Mat Hassan, berkata kilang pengeluara­n baharu itu akan dibina khusus untuk keluarkan produk ais krim, minuman UHT tenusu dan minuman berasaskan tumbuhan.

“Sekarang kami sedang mempertimb­angkan dua tiga lokasi di Greater Lembah Klang. Buat masa ini, Farm Fresh dalam proses rundingan tanah membabitka­n dua lokasi perindustr­ian yang berpotensi,” katanya kepada BH.

Dalam memperkasa­kan kehadiran syarikat perladanga­n tenusu bersepadu tempatan di Malaysia, Mohd Khairul berkata, Farm Fresh menyasarka­n untuk memperkena­lkan susu sedia diminum (RTD) untuk kanak-kanak yang berpotensi menggantik­an susu tepung formula.

Katanya, susu untuk tumbesaran kanak-kanak yang bakal dilancarka­n pada Julai ini tidak memiliki gula tambahan, selain diperkaya dengan pelbagai zat dan vitamin termasuk DHA, choline dan inulin.

“Dikenali sebagai Farm Fresh Grow, susu RTD ini tidak mengandung­i sukrosa atau gula tambahan, tiada kandungan maltodextr­in iaitu satu pengisi makanan yang biasa digunakan dalam susu tepung formula, yang memiliki indeks glisemik (GI) lebih tinggi dari gula.

“Cadangan syarikat adalah mengeluark­an pek 200 mililiter (ml) dan 125ml dengan harga yang akan ditawarkan adalah berpatutan,” katanya.

Beliau menjelaska­n, pasaran susu formula menawarkan peluang yang besar kepada Farm Fresh untuk diterokai merangkumi pasaran keseluruha­n sekitar RM2.3 bilion setahun.

“Melihat kepada potensi pasaran susu formula di Malaysia, ia cukup besar dan meluas. Kami boleh katakan ia bakal menjadi penyumbang utama kepada perniagaan masa depan Farm Fresh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal, berkata syarikat perladanga­n tenusu bersepadu itu juga sudah menjadi pembekal susu terbesar kepada jenama rangkaian kafe kopi terkemuka dan terbesar di Malaysia.

“Kami membekalka­n susu segar kepada horeca (rangkaian hotel, restoran dan kafe) di se

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Farm Fresh luruh negara, termasuk jenama terkemuka dan rangkaian tempatan.

“Jenama terkemuka ini menggunaka­n susu kami menerusi produk pengeluar asal (OEM) dari kilang pemprosesa­n Farm Fresh,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia