Berita Harian

Perfios tawar sistem digitalkan operasi bank

-

Perfios Technology Solutions Sdn Bhd (Perfios), penyedia utama transforma­si digital perbankan di Malaysia menawarkan sistem algoritma proprietar­i yang memiliki kemampuan mendigital­kan sistem kewangan perbankan dan bebas penipuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Antarabang­sanya, Pramod Veturi, berkata sistem yang digunakan beberapa bank terkemuka di Malaysia seperti RHB Bank dan Standard Chartered Bank itu menjadikan setiap keputusan kredit bank disokong sepenuhnya oleh data yang lebih pantas dan cekap.

“Algoritma proprietar­i Perfios mampu mendigital­kan bank dan penyata kewangan bank yang lain dalam seb arang format, merentas negara dan menawarkan keputusan kredit disokong sepenuhnya oleh data, lebih pantas dan bebas penipuan.

“Pada peringkat global, kami memproses hampir 10 juta transaksi sebulan,” katanya kepada BH.

Mengulas lanjut, Veturi berkata, sejumlah 10 juta transaksi itu membabitka­n sekitar 500 juta titik data setiap bulan, sekali gus menjadikan sistem yang ditawarkan Perfios cekap.

“Dengan mematuhi piawaian global dari segi kualiti produk dan pematuhan ketat kepada norma keselamata­n data, Perfios bangga dapat menyediaka­n analisis masa nyata dengan jumlah data yang besar dan sifar kepada sebarang isu privasi atau keselamata­n sejak kami ditubuhkan.

Beliau menjelaska­n, perniagaan Perfios berkembang sejak 14 tahun lalu dengan pandemik menjadi titik penting dalam evolusi syarikat dengan menyokong institusi kewangan yang sudah memulakan transforma­si digital pada skala penuh dalam asas pinjamanny­a.

“Dengan lebih banyak syarikat insurans berdaftar dengan kami bagi penyelesai­an Insurtech, lebih banyak bank bekerjasam­a dengan Perfios untuk penyelesai­an keputusan berasaskan kredit pintar yang dinantikan pada masa depan,” katanya.

Perfios adalah perintis kepada analisis bank, penyata kewangan dan keputusan kredit berasaskan Kecerdasan Buatan (AI).

Berpangkal­an di Kuala Lumpur, Perfios memiliki perniagaan merentasi pasaran ASEAN, Timur Tengah dan Afrika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia