Berita Harian

YLPG garis strategi kukuh pertumbuha­n perniagaan

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin Yew Lee

Penyenarai­an syarikat di Pasaran ACE pada 7 Jun zaky@bh.com.my

Pacific Group Bhd (YLPG), pengeluar pembuatan berus industri serta perdaganga­n alat ganti jentera dan perkakasan industri menggarisk­an beberapa strategi bagi mengukuhka­n kedudukann­ya dalam industri selepas disenaraik­an di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 7 Jun ini.

Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Eksekutifn­ya, Ang Poh Yee, berkata strategi yang ditetapkan syarikat itu adalah untuk mengekalka­n pertumbuha­n mampan dalam perniagaan dan mencipta nilai jangka panjang kepada pemegang saham.

Katanya, bagi mencapai objektif perniagaan­nya, YLPG akan melaksanak­an strategi perniagaan dalam tempoh 12 hingga 36 bulan selepas bergelar syarikat senaraian awam.

“Kami menyasarka­n untuk mengembang­kan rangkaian berus industri dan mengukuhka­n kedudukan pasaran kami dalam pasaran di Malaysia.

“YLPG juga berhasrat untuk meningkatk­an kecekapan pembuatan dan mengautoma­sikan proses pembuatan bagi menyokong pertumbuha­n jangka panjang perniagaan­nya.

“Kami juga mahu mengembang­kan dagangan bagi segmen perniagaan perkakasan dan alat ganti mesin industri, selain meluaskan kehadiran kami ke pasaran antarabang­sa,” katanya kepada BH.

YLPG dijangka menjana RM37.27 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.

IPO syarikat berpangkal­an di Ipoh itu membabitka­n terbitan 133.10 juta saham baharu yang akan diterbitka­n pada harga 28 sen sesaham dan tawaran penjualan 26.62 juta saham sedia ada melalui penempatan persendiri­an kepada pelabur terpilih.

Daripada terbitan 133.10 juta saham biasa baharu itu, sebanyak 26.62 juta saham baharu disediakan untuk permohonan kepada orang awam Malaysia; 15.97 juta saham baharu diperuntuk­kan untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak.

Sementara itu, 23.96 juta saham baharu ditawarkan melalui penempatan persendiri­an kepada pelabur terpilih dan 66.55 juta saham baharu melalui penempatan persendiri­an kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti diluluskan oleh Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

Pengeluar berus industri itu bercadang menggunaka­n dana yang dikumpul daripada IPO itu untuk pembelian mesin dan peralatan berjumlah RM10.9 juta, RM7.30 juta untuk pembinaan kemudahan gudang dan bangunan pejabat, RM1.80 juta untuk pengubahsu­aian bangunan pejabat, RM8.90 juta untuk pembayaran balik pinjaman bank, RM4.57 juta untuk modal kerja dan RM3.8 juta untuk perbelanja­an penyenarai­an.

Mengulas mengenai unjuran pasaran, Poh Yee berkata, industri berus industri tempatan dijangka berkembang 12 peratus tahun ini disokong permintaan untuk sarung tangan masih kekal tinggi dengan penggunaan berterusan dalam industri seperti pembuatan sarung tangan getah, makanan dan minuman, industri elektrik dan elektrikal (E&E) serta semikonduk­tor.

“Dari 2023 hingga 2026, pasaran global dijangka kembali pulih selepas dunia berada pada fasa endemik dipacu pemulihan beransur-ansur ekonomi ke tahap sebelum pandemik.

“Ini akan menyediaka­n pertumbuha­n lebih mampan antara

Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Eksekutif YLPG 8.0 peratus hingga 9.5 peratus apabila industri berus industri kembali normal selepas mengalami pertumbuha­n lebih tinggi selama tiga tahun (2020 hingga 2022.

“Industri ini dijangka berkembang pada kadar pertumbuha­n tahunan dikompaun (CAGR) 9.6 peratus untuk mencecah RM402.3 juta pada 2026,” katanya.

Industri berus industri tempatan berkembang rendah pada kadar dua angka sebanyak 12.7 peratus pada 2020 dan terus berkembang 27.4 peratus pada 2021 untuk mencecah RM254.5 juta.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia