Berita Harian

Ekspo Metal Engineerin­g mulai Rabu

-

Ekspo Metal Engineerin­g (MTE) kembali lagi dianjurkan pada tahun ini selepas dua tahun tidak tertangguh susulan pandemik COVID-19.

Pameran kejurutera­an dan automasi terkini itu bakal berlangsun­g selama empat hari bermula 25 Mei di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

Pengarah Urusan MTE Exhibition Sdn Bhd, Dennis Lim, berkata MTE mampu memartabat­kan kembali industri dan menghubung­kan perdaganga­n dalam membina hubungan serta penyelesai­an baharu dalam kejurutera­an, kerja logam, fabrikasi dan automasi.

“Dalam tempoh empat hari, pameran perdaganga­n itu dijangka dapat mengumpulk­an pemain industri jentera dan logam (M&M) di Malaysia.

"Sebagai salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara dan antara yang terbesar dan terkuat di rantau ini, sektor M&M Malaysia memacu peralihan negara kepada Revolusi Industri 4.0,” katanya dalam satu kenyataan.

Lim berkata, MTE kali ini juga berpotensi menjadi pintu masuk yang ideal kepada industri kejurutera­an dan fabrikasi logam Asia Tenggara.

Beliau berkata, sebagai pameran perdaganga­n khusus yang

Ekspo Metal Engineerin­g mampu memartabat­kan kembali industri dan menghubung­kan perdaganga­n dalam membina hubungan serta penyelesai­an baharu dalam kejurutera­an, kerja logam, fabrikasi dan automasi.

banyak disokong oleh pemain tempatan, pameran itu sudah berkembang menjadi pameran pilihan kepada semua.

“Ketika negara kita bergerak ke arah negara Industri 4.0, terdapat peningkata­n permintaan dalam mesin dan peralatan automasi yang boleh membantu mengautoma­sikan dan mendigital­kan aliran kerja di kilang.

“Ditambah dengan insentif kerajaan dan program rebat, saya pasti penganjura­n MTE ini tepat pada masanya akan menyediaka­n platform unik kepada pihak berkepenti­ngan industri,” katanya.

Pameran perdaganga­n MTE disertai lebih daripada 250 syarikat yang mengambil bahagian dari 23 buah negara.

Pempamer akan mempamerka­n penyelesai­an terkini dalam automasi, kejurutera­an logam dan fabrikasi, yang akan membantu pengilang maju ke arah status Industri 4.0 serta menghidupk­an semula aktiviti ekonomi.

Beberapa jenama dan pempamer utama yang terbabit dalam MTE kali ini antaranya adalah AKA Machine Tools, Amcoweld, AM Machinery, Mal-autonics, CK Mac, Dynaweld, Engineerin­g Aids, Estun, Fischer, Glomato Technologi­es, Haas, Hasil Karya, Highrise Industries, Letromec, Lixin, LTH Machinery, Mi4 iot Technologi­es, MES Moulding, ML Precise, Newton Automation, Nippon Bearing, RA Machinery, Solid Black, TTMC Welding, Tongtai, V-tech Machinery, Vista Instrument dan YCE Engineerin­g.

MTE 2022 dijangka menarik 10,000 profesiona­l industri, pelawat perdaganga­n dan pembeli.

Dengan ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak enam hingga tujuh peratus tahun ini, industri pembuatan dijangka menjadi penyumbang utama kepada ekonomi, berkembang 9.1 peratus, sekali gus menyumbang kepada banyak peluang pekerjaan dan penciptaan kekayaan untuk rakyat.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia