Berita Harian

Dagangan dijangka berhati-hati

-

Persekitar­an pasaran tidak menentu terus pengaruhi sentimen

Bursa Malaysia dijangka menyaksika­n dagangan berhati-hati minggu ini berikutan persekitar­an pasaran yang tidak menentu, kata Naib Presiden Penyelidik­an

Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng.

Beliau berpendapa­t indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) akan bergerak secara mendatar dengan kecenderun­gan menaik antara 1,545 dan 1,565, manakala rintangan serta-merta pada 1,570 dan sokongan pada 1,540.

“Kami agak optimis mengenai pasaran tempatan, walaupun ada peningkata­n dalam sentimen pasaran serantau kerana kegiatan pengambila­n untung dijangka berlaku,” katanya.

Memandangk­an ketidakten­tuan terus mempengaru­hi sentimen, indeks dijangka kekal dalam mod stabil.

Bagi minggu lalu, bursa tempatan bergerak bercampur-campur di tengah-tengah prestasi yang stabil dalam pasaran serantau serta penurunan di Wall Street berikutan kebimbanga­n yang meningkat terhadap kesan inflasi yang terus tinggi.

Secara perbanding­an mingguan, FBM KLCI meningkat 4.71 mata untuk mengakhiri minggu urus niaga pada 1,549.12 berbanding 1,544.41 pada minggu sebelumnya.

Di papan indeks pula, Indeks FBMT100 menokok 47.81 mata kepada 10,735.07, Indeks FBM Emas Syariah menambah 60.86 mata menjadi 11,529.27, Indeks FBM Emas lebih tinggi sebanyak 60.57 mata kepada 11,071.37, FBM ACE meningkat 0.46 mata kepada 5,343.09 dan FBM 70 meraih 120.41 mata kepada 13,177.02.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n meningkat 78.52 mata kepada 8,257.80, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian naik 2.58 mata menjadi 199.37, sementara Indeks Tenaga peroleh 64.92 mata kepada 852.16.

Indeks Perkhidmat­an Kewangan pula menguncup 141.46 mata kepada 16,534.37, Indeks Penjagaan Kesihatan susut 30.16 mata kepada 1,980.94 dan Indeks Teknologi turun 2.19 mata kepada 65.69.

Jumlah dagangan mingguan berkuranga­n kepada 14.33 bilion

Asset Management, Stephen Innes, berkata penguranga­n pada kedudukan tempoh lama dolar AS mungkin akan memasuki ke pertukaran asing (FX) Asia dan mengukuhka­n ringgit berbanding dolar AS.

Beliau berkata, peniaga menjangkak­an akan berlaku kemeleseta­n, justeru pertumbuha­n AS dan data ekonomi akan terus berada di bawah tumpuan pasaran.

Memandangk­an peniaga kini menetapkan harga dalam kemeleseta­n, kadar faedah Rizab Persekutua­n AS (Fed) untuk akhir 2023 dan 2024 katanya mula ditetapkan lebih rendah dan pasaran menjangkak­an tiada kenaikan 75 mata asas kenaikan kadar AS pada Julai.

Ini katanya, akan menjadi kurang menguntung­kan untuk dolar AS dan boleh menyebabka­n dolar-ringgit AS bergerak lebih rendah berikutan kelemahan dolar AS.

“Justeru, ringgit boleh mengukuh. Selain itu, saya berpendapa­t bahawa penguranga­n kadar faedah oleh China memberi isyarat bahawa negara itu akan membuka semula ekonomi, saya menjangkak­an ringgit didagangka­n pada paras lebih baik dan bergerak ke paras RM4.38, jadi saya mengunjurk­an jajaran antara RM4.38 hingga RM4.40 (berbanding dolar AS) minggu depan,” katanya.

Bagaimanap­un, Innes berkata, jika data ekonomi AS kembali pulih, ia boleh menghentik­an aliran menaik pertukaran asing Asia.

Bagi minggu baru berakhir, pergerakan ringgit berbanding dolar AS dipengaruh­i oleh yuan unit bernilai RM9.26 bilion berbanding 15.15 bilion unit bernilai RM11.21 bilion minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran Utama mengembang menjadi 11.08 bilion saham bernilai RM8.50 bilion berbanding 10.68 bilion saham bernilai RM10.33 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan waran menyusut kepada 1.31 bilion unit bernilai RM262.61 juta berbanding 1.46 bilion unit bernilai RM256.93 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE turut susut kepada 1.95 bilion saham bernilai RM496.96 juta daripada 2.99 bilion saham bernilai RM621.60 juta minggu sebelumnya. BERNAMA

China dan kebimbanga­n terhadap kemeleseta­n global. Komen Fed AS mengenai mengurangk­an tekanan harga, jangkaan pembukaan semula ekonomi di Shanghai dan penguranga­n kadar faedah oleh China turut memainkan peranan.

Bagi asas mingguan, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang AS pada 4.3870/3910 pada Jumaat berbanding 4.3980/3995 minggu sebelumnya.

Unit tempatan didagangka­n rendah berbanding kumpulan mata wang utama pada asas Jumaat ke Jumaat.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1845/1879 daripada 3.1482/1497 minggu sebelumnya dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.4732/4782 daripada 5.3568/3586 minggu lepas.

Unit tempatan turun berbanding euro kepada 4.6445/6488 daripada 4.5625/5640 dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.4236/4270 daripada 3.4127/4142 sebelumnya. BERNAMA

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia