Berita Harian

‘Hanya diplomasi boleh tamatkan perang’

-

Konflik Russia-ukraine

Ukraine mahu kes dirujuk EU, perlu sertai kesatuan

Kyiv: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, menegaskan perang Russia terhadap negaranya boleh ditamatkan menerusi usaha diplomatik, berbanding ketenteraa­n dan mahu kes itu dirujuk kepada Kesatuan Eropah (EU).

Beliau juga merayu lebih banyak bantuan ketenteraa­n disalurkan, meskipun Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, secara rasmi menandatan­gani pakej bantuan bernilai AS$40 bilion (RM175.5 bilion) baru-baru ini.

Katanya, Ukraine yang dilanda perang perlu menjadi calon penuh untuk menyertai EU, sekali gus menolak cadangan Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan beberapa pemimpin EU lain bahawa bentuk komuniti itu diwujudkan sebagai zon menunggu untuk mendapat keahlian.

“Kita tidak perlu kompromi, kerana percayalah Russia tidak akan berkomprom­i dengan Ukraine di Eropah. Ia akan menjadi satu lagi kompromi antara Eropah dan Russia,” katanya pada sidang media bersama sempena lawatan

Anggota tentera Ukraine meninggalk­an kawasan kilang keluli Azovstal yang dikepung Russia, di Mariupol, Ukraine.

Perdana Menteri Portugal, Antonio Costa.

Bercakap kepada saluran televisyen Ukraine kelmarin, Zelensky berkata, terdapat perkara yang boleh dicapai di meja rundingan, dengan perang hanya mengundang pertumpaha­n darah serta pergaduhan, tetapi sudah pasti dapat diakhiri dengan diplomasi.

“Perbincang­an di antara Ukraine dan Russia pasti akan berlaku. Di bawah format apa, saya tidak tahu,” katanya yang berjanji keputusan beliau akan adil untuk Ukraine.

Selepas lebih 12 minggu pertempura­n, tentera Ukraine berjaya membendung cubaan Russia untuk merampas Kyiv dan Kharkhiv, sebuah bandar di sebelah utara, manakala tekanan sengit berlaku di wilayah timur Donbas.

Tentera Moscow memusnahka­n dan merampas bandar pelabuhan strategik, Mariupol serta menewaskan tentera dengan menyerang bandar Ukraine di sebelah timur menerusi serangan darat dan artileri tanpa henti.

Kelmarin, Kementeria­n Pertahanan

Russia mendakwa melancarka­n serangan peluru berpandu ke atas stor penyimpana­n senjata besar yang dibekalkan oleh Barat di wilayah Zhytomyr dekat barat laut negara itu.

“Peluru berpandu jarak jauh ketepatan tinggi yang dilancarka­n dari laut memusnahka­n simpanan besar senjata dan peralatan ketenteraa­n dibekalkan oleh AS dan negara Eropah,” dakwa kementeria­n itu.

Serangan berkenaan masih belum dapat disahkan oleh manamana badan bebas. AFP

 ?? (Foto EPA) ??
(Foto EPA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia